Sabtu, Mei 07, 2016

Kalau diikutkan, tarikh tamat bagi sebarang Pilihan Raya Kecil adalah pada 5 Mei 2016. Tapi bagi sesetengah penganalisis Politik, mereka beranggapan tarikh itu bermula pada 24 Jun.

Kata mereka, tarikh 24 Jun itu adalah tarikh dimana semua Ahli Parlimen yang telah dipilih mengangkat Sumpah selepas tamat Pilihan Raya Umum ke - 13 yang lalu.

Maka dengan alasan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar perlu diadakan kerana masih berbaki lebih dua tahun sebelum mandat lima tahun Parlimen berakhir.

Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh pengosongan jawatan dibuat.
"Jadi, SPR yang akan memutuskan jika terdapat kekosongan. Mereka akan bertindak selepas mendapat makluman dari Speaker Dewan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun, Dr Shad berkata jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun daripada tarikh Parlimen dibubarkan, maka kekosongan itu tidak perlu diisi.
"Masih ada 48 hari lagi untuk tempoh pengecualian dibuat, " jelasnya.
Ahli Perlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terbunuh selepas terlibat dalam mahas helikopter di Sarawak pada Khamis, ditemui pada pagi Jumaat sebelum dikebumikan pada awal pagi Sabtu di Sungai Besar.

Turut terlibat dalam nahas itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB).

Maka, adakah kita akan menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil bagi dua kawasan tersebut dalam waktu terdekat ini? Sama - sama kita tunggu keputusan yang akan dibuat oleh pihak SPR.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping