Jumaat, Mei 06, 2016

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan helikopter yang dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan SAR telah menemui serpihan - serpihan berkenaan kira - kira pukul 9.50 pagi Jumaat.
"Maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi ini, pasukan SAR menjumpai serpihan-serpihan helikopter yang dipercayai dari pesawat AS350 berkenaan.
"Serpihan tersebut termasuk floatation device, kerusi dan pintu dan sebahagian dinding pesawat. Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga main body helikopter dijumpai," katanya pada sidang media khas di bangunan DCA, di sini pada Jumaat.
Dalam satu laporan lain, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat seorang wanita berhampiran lokasi penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat.
Penemuan itu telah disahkan oleh Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mStar Online di sini. Berita selanjutnya bakal menyusul.
Categories:

2 ulasan:

  1. Seharusnya, nahas helikopter ini menjadi iktibar
    kepada kita semua. Nyawa kita hanya pinjam-pinjaman.
    Kalau Allah nak ambil, sekelip mata ia hilang.
    Jadi, pilihlah jalan hidup kita dengan betul.
    Dah tahu sesuatu itu mungkar, elok ditinggalkan.
    Jangan terus diperjuangkan semata-mata kerana
    nikmat hidup. Orang macam Sahbery Cik, diberi
    peluang kedua.
    Orang lain b elum tentu lagi.
    Lu fikir-fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  2. oii...cik minah...tak payah nk nasihat org laaa...jaga diri sendiri dah ler..mulut sendiri pun tk blh jaga...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping