Selasa, Mei 31, 2016

Wah!!! Ini satu pendedahan yang cukup 'PANAS' bagi kita. Dengar katanya, ada satu agensi syarikat berkaitan dengan Kerajaan ni dah 'Kantoi' nak menjahanamkan ekonomi orang Melayu.

Desas desus mengenai isu berkaitan dengan syarikat tersebut mula kedengaran apabila ada pihak yang mengadu dengan mendakwa syarikat tersebut telah menyebabkan peniaga Melayu gulung tikar.

Adalah dilaporkan sebanyak lebih daripada 1700 buah syarikat pemborong yang terdiri dari kalangan Melayu dan Bumiputera terkesan secara lansung dengan syarikat berkaitan Kerajaan tersebut.

Katanya, ada satu tindakan dalam bentuk keputusan telah dibuat oleh syarikat terbabit menyebabkan hampir ribuan pemborong terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya gulung tikar.

Yang lebih malangnya ialah apabila syarikat berkaitan Kerajaan terbabit lebih cenderung memberi keuntungan yang dikatakan jauh lebih besar dan lumayan kepada syarikat pemborong Cina.

Persoalannya, apakah benar syarikat berkaitan Kerajaan itu bertindak sedemikian sehingga mengakibatkan syarikat pemborong dari kalangan Melayu dan Bumiputera tak boleh nak cari makan?

Mengapa pihak syarikat GLC terbabit kini dilihat lebih cenderung untuk memberi keuntungan yang jauh lebih besar dan lumayan kepada syarikat dari kalangan kaum Cina sahaja?

Adakah syarikat GLC terbabit mempunyai agenda subversif mahu menafikan orang Melayu dan Bumiputera untuk terus mengembangkan ekonomi mereka dengan keputusan yang telah dibuat?

Dari sumber yang sama mendedahkan perkara tersebut, syarikat GLC terbabit hanya mengekalkan pemborong dari kalangan syarikat Cina sahaja dan semuanya dibawah mereka.

Walhal, syarikat GLC tersebut sebenarnya tidak layak untuk memborong. Sebaliknya mereka hanya boleh dianggap sebagai pengimport sahaja. Tapi, syarikat GLC terbabit dah bolot semua sekali.

Soal sama ada desas desus berkaitan dengan tindakan syarikat GLC tersebut benar atau tidak, masih belum dapat dikenal pasti. Namun, jika pendedahan yang dibuat ini benar, maka pihak Kerajaan perlu ambik tindakan. Jangan sampai orang Melayu 'MEREMPAT' dibumi mereka sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping