Khamis, Mei 26, 2016

Heh! Nampak gayanya kemaruk betul puak PKR ni nak bertanding dan berkompromi dengan PAS supaya jangan letak calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sampai tahap sanggup diorang mempergunakan Mursyidul Am PAS bagi mendapatkan sokongan agar memberi tekanan kepada Dewan AJK PAS Pusat menarik balik keputusan mereka.

Jika sebelum ini, PKR melalui Timbalan Presidennya cuba untuk mengugut parti itu dengan memberikan mereka kata dua supaya jangan bertanding atau Exco PAS di Selangor akan dipecat.

Namun malangnya, tindakan terdesak yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu sedikit pun tidak mengoyahkan pendirian PAS untuk terus mengekalkan kerusi tradisi mereka.

Bahkan, rundingan yang didakwa oleh Timbalan Presiden PKR dengan beberapa orang pemimpin kanan PAS juga dilaporkan tidak memberi sebarang kesan kepada keputusan parti itu.

PAS tetap berkeras mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun nanti. Perkara itu disahkan melalui kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS Pusat sendiri.

Sekarang, apabila pelbagai cara yang telah pun digunakan menemui ke-GAGAL-an, PKR mula menjadi semakin terdesak. Katanya diorang nak rujuk perkara tersebut kepada Datuk Dr. Haron Din.
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.
Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain.
Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas.
Demikian pendedahan yang dibuat oleh MSO dalam blognya hari ini. Secara tidak lansung, perkara itu membuktikan bahawa PKR cukup terdesak sehingga terpaksa memujuk Mursyidul Am PAS tu masuk campur. Persoalannya, apa reaksi PAS selepas ini???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping