Khamis, Mei 12, 2016

Heh! Sekali sekala, nak juga Si Wan Azizah ni bagi penangan Realiti kepada puak PAS tu ye. Bagus juga dia buat macam tu. Setidak - tidaknya, takde la PAS tu lupa diri dan sentiasa beringat.

Tapi yang IRONIKnya, kenyataan Si Wan Azizah ni terbalik. Dia kata, PAS mampu memberi saingan kepada calon Barisan Nasional di Sungai Besar adalah disebabkan adanya bantuan dari PKR.
Undi besar calon PAS di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) bukan disebabkan kekuatan Parti Islam itu tetapi disebabkan Pakatan Rakyat (PR), kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


“Kita ambil senerio masa dulunya (PRU 13) kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh PAS. Ini adalah satu fakta apabila mereka dalam Pakatan Rakyat dulu…. di Sungai Besar, majoriti BN pada masa itu (PRU 13) adalah tipis…”kata Wan Azizah ketika ditemuai wartawan selepas mesyuarat Pakatan Harapan semalam.
Kiranya bagi Si Wan Azizah tu, PAS tidak akan mampu untuk memperolehi undi yang banyak jika bukan kerana sokongan dan dokongan dari PKR sewaktu dalam Pakatan tu sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah ni nak menjelaskan bahawa PAS lebih memerlukan PKR dan Pakatan, bukan sebaliknya. Sekarang, nampak tak siapa yang tak sedar diri? PAS atau Si Wan Azizah tu?

Apa yang jelas, kenyataan Si Wan Azizah tu bukan sahaja memperlekehkan kemampuan PAS untuk mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat. Tetapi ianya juga satu PENGHINAAN!!!

Hakikatnya, bukan PAS tu yang memerlukan PKR. Tapi PKR yang memerlukan PAS. Banyak kawasan yang dimenangi oleh PKR dalam Pilihan Raya Umum yang lalu semuanya atas bantuan dari PAS.

Tapi, sejak PKR dan DAPigs berjaya tendang PAS keluar dari Pakatan dan menjadikan parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu sebagai Barua, Si Wan Azizah ni pun dah menjadi semakin lupa diri.

Dia lupa bagaimana parti dia terpaksa 'Kaw Tim' dengan PAS di Permatang Pauh hanya semata - mata untuk mendapatkan sokongan dari mereka dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan sebelum ini.

Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Wan Azizah tu sendiri dah semakin SOMBONG dan ANGKUH dengan kedudukannya hari ini dengan secara terbuka memperlekehkan PAS secara terang - terangan? Itu pun PAS masih lagi nak rasa kesian pada dia???
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. tak sedar diri yg pengaruh dia pun dah semakin merosot....kak wan jngn lupa diri ye.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping