Rabu, Jun 15, 2016

Heh! Nampak sangat Politik Retorik yang sering kali menjadi amalan puak Pakatan Haprak ni memang tak dapat nak dipisahkan. Kalau bab berlakon ni, diorang memang cukup hebat.

Jika sebelum ini, ketidak-hadiran Si Menteri Besar Selangor tu sepanjang tempoh seminggu kempen Pilihan Raya Kecil di kawasan Parlimen Sungai Besar menjadi satu isu dikalangan rakyat.

Kelibat Si Menteri Besar itu pada mulanya lansung tidak dapat dikesan selepas hari penamaan calon, ketika dia hadir berpelukan mesra dengan Presiden parti KUALI Si Mat Sabu tu.

Maka, pelbagai spekulasi mula timbul ekoran ketidak-hadiran Si Menteri Besar itu dikalangan masyarakat setempat. Ada yang mendakwa dia tidak merestui calon dari parti KUALI itu sendiri.

Bahkan ada juga yang membuat andaian bahawa Si Menteri Besar Selangor itu 'Merajuk' kerana cadangan yang diberikan sebelum ini lansung tidak diendahkan oleh kepimpinan Pakatan.

Dek kerana pelbagai spekulasi menjadi semakin hangat sehingga menyebabkan kemaluan Si Menteri Besar itu kian terdedah, maka terpaksa la dia turun ke Sungai Besar untuk bersama dengan calon PAN.

Malangnya, kehadiran Si Menteri Besar Selangor itu cukup mengecewakan dan dilihat sebagai satu 'Pengkhianatan' terhadap PAS yang sebelum ini telah memberikan sokongan penuh kepadanya.

Sokongan terbuka yang dinyatakan oleh Si Menteri Besar Selangor semalam membuktikan bahawa dia memang jenis pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan kurang sifat Setiakawan.

Dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti KUALI Si Mat Sabu tu, Azmin secara terbuka mengumumkan sokongannya kepada calon parti itu dan menafikan calon PAS yang turut hadir.
"Sebagai timbalan presiden PKR, selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, saya memilih untuk memberi sokongan kepada calon dari Pakatan Harapan.
"Saya percaya dengan latar belakang agama, kredibiliti dan latar belakang keluarga, Ustaz Azhar akan dapat menjadi suara kita di Parlimen Sungai Besar.
"Dr Rani, jangan sedih, kita masih rakan di Dewan Undangan Negeri, anda telah menyumbang banyak saya berdoa agar anda akan terus berjaya dan menyumbang," katanya.
Dari satu sudut, ada pula yang membuat dakwaan, tindakan Si Menteri Besar tu menarik balik sokongan kepada PAS adalah disebabkan ke-GAGAL-annya memujuk parti itu supaya tidak bertanding.

Dalam erti kata lain, Si Azmin ni dilihat seolah - olah tak memberi sokongan kepada calon PAS kerana kepimpinan parti itu enggan akur dengan kehendaknya. Maka persoalannya, adakah Si Menteri Besar Selangor ni nak balas dendam terhadap PAS dengan menyokong calon PAN???
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sifat2 sebenar orang2 MUNAFIK yg ALLAH laknati...Subhanallah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping