Jumaat, Jun 17, 2016

Nampak gayanya, puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila mereka terpaksa menjaja nama Allahyarham Nik Aziz bagi meraih undi.

Walhal pada hakikatnya, ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS tidak ada kaitan pun dengan parti tersebut. Bahkan ia tidak pernah 'membuka jalan' terhadap krisis yang melanda PAS sebelum ini.

Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS yang menyatakan masalah yang timbul di dalam parti adalah disebabkan kekeliruan sebilangan ahlinya terhadap perjuangan yang dibawa PAS selama ini.

Beliau dalam pada itu mengingatkan wala' ahli-ahli PAS terhadap parti bukan atas faktor individu semata - mata, sebaliknya kesetiaan mereka adalah kepada agenda perjuangan PAS.
"Ahli-ahli yang bersama PAS mereka tak bersama di atas dasar individu. Tetapi atas dasar asas perjuangan yang diperjuangkan PAS. Memang semua ahli sangat sayang Nik Aziz dan saya percaya di bawah sana (ada) menimbulkan isu-isu seperti ketiadaan Nik Aziz dalam PAS (seperti) tak sama macam dulu. 
"Sedangkan orang yang paling rapat dengan Nik Aziz adalah anaknya yang menegaskan Nik Aziz adalah merupakan seorang tokoh dan mursyid kepada semua ahli PAS," katanya dalam satu temubual yang diadakan bersama Antarapos, baru-baru ini.
Senario politik PAS didakwa 'berubah' selepas pemergian Nik Abdul Aziz, pada 12 Februari tahun lalu. Sebelum ini wujud ura-ura perbalahan dalaman di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS, namun ia dinafikan berkali-kali.

Namun perbalahan itu sampai ke kemuncaknya apabila ada sekelompok pimpinan kanan parti bertindak keluar dari PAS kerana menentang kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun sikap pemimpin PAN yang sering menjaja nama Nik Aziz dalam perjuangan politik parti baru itu tidak disenangi PAS yang menyifatkan tokoh ulama itu sangat setia dengan partinya.
"Mereka yang guna nama Nik Aziz akhirnya keluar PAS, sedangkan Nik Aziz mati dalam PAS. (Ini) menunjukkan mereka hanya guna nama Tok Guru tapi tak ikut cara perjuangan yang dilakukan oleh beliau.
"Memang kita sayang Nik Aziz tetapi dalam masa sama kita bersama dengan kepimpinan PAS yang ada hari ini, yang kita percaya jika Nik Aziz masih ada pun, beliau akan bersama hala tuju PAS hari ini," tegasnya.
Kekecewaan PAS terhadap sikap PAN yang menjaja nama Nik Aziz dalam politik baru baru mereka diterjemahkan oleh anak ulama itu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS itu mengingatkan bahawa pimpinan PAN boleh bercakap apa sahaja tentang Allahyarham bapanya, namun ia 'mengandungi pahala dan dosa', merujuk kepada cara penyampaian mereka sama ada ia mengandungi kebenaran atau fitnah. 
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kalau nik aziz ada lagi, hagee hadi a wang kecut telor.

    BalasPadam
  2. Nak tau tak nik aziz hobi bela ayam kampung ayam serama ayam hutan.ayam nik, ayam organik diberi makan cacing tanah,ulat alatan seranga semut, ubi kayu kelapa dan ulam ulaman.telor telor ayam nik aziz menjadi rebutan ahli ahli pas. Berbeza hadi awang tembak ayam.

    BalasPadam
  3. pan wujud slps nik aziz tiada...klu tidak tak berani buat onar sbb tgna sntiasa pertahan hj hadi.

    BalasPadam
  4. Kalau nik aziz ade lagi sudah tentule dia suruh haji hadi lantik anaknye nik abdoh jadi pieM. Strategi ore lame mudah dibaca he he..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping