Ahad, Jun 12, 2016

Kemelut nama singkatan yang diberikan oleh pihak media kepada parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu itu nampak gayanya tidak ada kesudahan apabila ianya terus dipertikaikan secara terbuka.

Kali ini, giliran Ketua Dewan Muslimat PAS pulak mempersoalkan kenapa parti itu perlu dipanggil dengan nama 'Amanah' sedangkan pemimpinnya tidak Amanah menjalankan tugas.

"Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak dipanggil ‘Amanah’," demikian dakwa Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan.

Katanya, parti serpihan PAS itu telah jelas telah mengkhianati perjuangan ketika bersama - sama PAS sebelum ini, justeru ia lebih sesuai dipanggil dengan nama singkatan PAN sahaja.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dengan melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Tak layak panggil  Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” katanya dalam ceramah di Kelimpok di sini, malam Jumaat.

Beliau memberi contoh kerusi-kerusi PAS yang didakwa telah dibawa lari oleh beberapa ahli Parlimen dan Adun Selangor yang kini bernanung di bawah parti pimpinan Si Mat Sabu tu.

Jelas beliau, kerusi-kerusi tersebut adalah Parlimen Sepang, Parlimen Kota Raja, Parlimen Shah Alam serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dan Morib di Selangor.

“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Tapi bawa lari kerusi atas tiket PAS dan tengok samada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi Adun dan Parlimen yang ada sekarang ini, itu tidak amanah,” katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. pan anak didik dap. mana ada amanah dlm prjuangan. nak kuasa je.

    BalasPadam
  2. PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN PAN

    BalasPadam
  3. Amanah??..tueh..kami akan kubukkan PAN pd 18 jun nnti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping