Selasa, Jun 21, 2016

Tujuh hari sebelum berlangsungnya PRK di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya telah menulis 7 Sebab BN Akan Menang Besar di sini. Nampaknya semua ramalan saya itu benar belaka. Pada kali ini, saya akan memberikan 7 lagi sebab kenapa Pakatan Harapan tewas terok.

1. Peranan Rafizi Ramli

Kesilapan besar Rafizi Ramli ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh menerima fitnah-fitnah yang dilemparkannya. Contohnya, Rafizi membangkitkan isu DS Rosmah katanya menyewa jet bernilai jutaan ringgit. Anda boleh membaca tuduhan dalam blog Rafizi ternyata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah politik.

Fakta-fakta yang dipungut oleh Rafizi adalah daripada sumber-sumber sekunder dan sumber ketiga, hear say dan info daripada laman penerbangan umum yang tidak boleh diterimapakai di dalam perundangan.

Maklumat di dalam laman media sosial yang bersifat umum tidak boleh diterima kerana pergerakan rasmi adalah bergantung juga kepada faktor keselamatan dan faktor-faktor lain.

Gambar dan video dari sumber wassap, youtube, dan sekunder tidak boleh diterimapakai sebagai betul contohnysa tuduhan caption semua beg itu kononnya beg DS Rosmah kerana rakyat pun berfikir sudah tentu beg kakitangan lain jua.

Rakyat yang berfikir pun tahu, tak kanlah beg pakaian Rosmah 10 beg! Maka janganlah memberi gambaran sedemikian rupa. Sedangkan jika kita pergi melancong ke luar negara, kita sendiri membawa berbelas beg milik isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Kita faham, harapan Rafizi ialah semoga tuduhan-tuduhannya itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi di Sg. Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi calon Barisan Nasional.

Malangnya, harapan Rafizi itu dijawab dengan pukulan TKO apabila pengundi-pengundi memberikan majoriti luar biasa di Sg. Besar (majoriti 6,969) dan Kuala Kangsar (majoriti 9,191).

Angka majoriti yang luar biasa ini menutup terus mulut Rafizi daripada terus menyerang Perdana Menteri dan isteri. Angka itu adalah suara rakyat dan benchmark. Jika PKR dan Rafizi peka, dia patut meletak jawatan ataupun PKR memecatnya dan menukar dengan orang lain yang lebih sederhana seperti Tan Sri Annuar Musa!

Saya berpendapat, jika Rafizi banyak berdiam diri, Pakatan Harapan akan memperolehi undi dan sokongan yang lebih besar berbanding sekarang.

Parti PKR perlu memikirkan kaedah lain iaitu mendiamkan pemimpin-pemimpin mereka yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang terbaik. UMNO dan BN telah melakukan kaedah ini dan nampaknya ianya membuahkan hasil di luar dugaan.

2. Kesilapan Tun Dr. Mahathir

Kesilapan Tun M bekerjasama dengan DAP. Orang-orang Melayu di dalam UMNO dan PAS, termasuk yang tidak berparti tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan DAP kerana mereka mengetahui matlamat Malaysian Malaysia yang akan merugikan hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam. Rakyat amat menghormati Tun M sebagai Negarawan, namun rakyat tidak dapat menerima kerjasama politik Tun M dengan DAP. Itulah keadaannya.

3. Rakyat Semakin Bijak

Rakyat tidak lagi boleh menerima cara pembangkang menghasut rakyat dengan kempen memburuk-burukkan peribadi Perdana Menteri dan isterinya. Sebaliknya, rakyat telah melihat kesungguhan dan keikhlasan Perdana Menteri bekerja menjayakan satu demi satu usaha ekonomi untuk kebaikan rakyat pada masa hadapan. Berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak bercakap daripada membuat kerja.

4. Mindset Orang Ramai Parti PAN Proksi DAP

Parti PAN bukanlah jawapan kepada parti PAS. Kepimpinan TG Hj Hadi Awang dengan Mohamad Sabu dilihat bagaikan langit dengan bumi. Selagi PKR dan DAP bergantung harap kepada PAN selagi itu mereka akan terus merosot.

Orang Melayu melihat PAN adalah proksi DAP. Mengundi PAN samalah mengundi DAP. Maka orang Melayu dan Islam, majoriti akan menolak PAN. Ianya dibuktikan dalam PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar dan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Walaupun bendera PAN lebih banyak di Sg. Besar dan Kuala Kangsar tetapi undi mereka masih gagal mengatasi undi PAS walaupun PAS berseorangan.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Kuasa dan kehendak ALLAH mengatasi segala kemungkaran...fitnah yg melampau oleh pembangkang khusus Rafizi pondan menyebabkan kami mual dengan pembangkang..hentikan cakap banyak kamu mahu wakil bekerja..pada kami pembangkang berpolotik bertaraf longkang..PRU14 nnti kami akn pastikan kamu semua PANDAPPKR akan lenyap di bumi Malaysia ni..

    BalasPadam
  2. pan sepatutnya sedar diri bahawa dap bukanlah segalanya....putrajaya semakin jauh dr pan yg bernafsu benar utk ke sana.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya yg bernafsu besar Mat Sabu je dengan karektor, tingkah laku serta bahasa pertuturannya yg kurang ajar dan biadap bukan lah contoh seorang pemimpin. Kalau kat Somalia atau hutan Amazon pun dia tak layak jadi pemimpin

    BalasPadam
  4. Betul tu..nafsu besar Mat Bu..mengatasi kewarasan dia. Bernafsu dlm segala2nya..kuasa dan betina..khusus bini org..pemimpin longkang mcm ni campak saje dlm loji kumbuhan..

    BalasPadam
  5. Betul tu..nafsu besar Mat Bu..mengatasi kewarasan dia. Bernafsu dlm segala2nya..kuasa dan betina..khusus bini org..pemimpin longkang mcm ni campak saje dlm loji kumbuhan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping