Isnin, Jun 20, 2016

Selesai sudah dua Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Parlimen Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar. Kini fokus utama yang dibangkitkan oleh rakyat ialah mengenai tindakan seterusnya.

Nak pulak bagi Si Menteri Besar Selangor tu. Sudah pasti ramai yang tertanya - tanya, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebaik sahaja selesai dua PRK ni?

Adakah Si Menteri Besar Selangor tu akan mengotakan janji yang telah dibuat sebelum hari penamaan calon? ATAU, adakah dia akan menelan semula semua yang telah diucapkan sebelum ini?

Jika sebelum hari penamaan calon, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat cukup GHAIRAH mengaturkan pelbagai rundingan dengan PAS agardapat memujuk parti itu supaya tidak bertanding.

Namun kedegilan PAS yang tetap mahu memelihara prinsip dan pendirian parti mereka tetap tidak berganjak demi maruah ahli diperingkat akar umbi. Maka sebab itu PAS tetap bertanding.

Dek kerana tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat yang tetap enggan menurut kehendak serta kemahuannya, maka terluah kata dua berbaur ugutan dari Si Menteri Besar Selangor ni.

Antara lain yang disebut oleh Si Menteri Besar Selangor tu ialah mengenai kemungkinan jawatan Exco yang disandang oleh tiga orang wakil PAS akan dilucutkan sekiranya mereka engkar.

Namun, PAS Pusat telah membuat keputusan untuk tidak menuruti kehendak serta kemahuan Si Menteri Besar Selangor tu apabila mereka tetap bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

Mungkin dek kerana dendam dan menganggap tindakan PAS itu sebagai satu keangkuhan, Si Menteri Besar Selangor ni secara terbuka mengumumkan sokongannya kepada parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu.

Maka sudah pasti pada ketika ini, kata dua yang berbaur ugutan yang telah diluahkan sebelum PRK, kini mula menjadi satu perkara yang menghantui pemikiran Si Menteri Besar Selangor tu.

Yang mana satu dia akan pilih? Tunaikan 'Kata Dua' yang telah diluahkan untuk menggugurkan wakil PAS dalam barisan Exco atau bertindak sebaliknya dan mengekalkan PAS?

Perkara itu sudah pasti akan memberikan justifikasi kepada kedudukan Si Menteri Besar Selangor tu sendiri memandangkan dia masih lagi mendahagakan sokongan dan dokongan daripada PAS.

Apa yang pasti, keangkuhan serta kesombongan Si Menteri Besar Selangor ni ternyata telah memakan dirinya sendiri apabila PAS berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk berdiri diatas kaki mereka tanpa sebarang bantuan PKR mahu pun DAPigs!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. NAK TENGOK PKR BERTANDING SENDIRI TANPA JENTERA PAS. MAU TERKINCIT...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping