Khamis, Jun 16, 2016

Nama Rafizi Ramli, anak kelahiran Kemaman ni sekarang memang cukup sinonim dengan Fitnah. Asalkan dia bukak je mulut untuk bercakap, benda yang terhambur keluar pastinya fitnah belaka.

Dan Fitnah Si Rafizi ni memang tak kenal siapa. Baik lawan atau kawan, semuanya dia balun. Lebih kurang macam slogan Si Ketua Penipu tu juga, "Kiri Kanan Sama Rata, Depan Belakang Sama Rasa" katanya.

Habis semua dia balun belaka. Tak kira la sama ada cerita yang dia buat tu betul atau pun tidak, dia main belasah je. Kalau bab dosa pahala ni, semua Si Rafizi tu tolak ke tepi. Macam Maksum sangat dah gayanya.

Kalau cerita semalam, memincit Si Rafizi tu lari lintang pukang bila Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor datang nak jumpa dia. Siap mintak tolong pulak dengan 'Bodyguard' parti KUALI tu.

Dan yang paling 'legend' sekali penaburan fitnah yang pernah dilakukan oleh Si Rafizi ni sepanjang dia jadi pemimpin sudah pasti mengenai isu yang berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji.

Dek kerana ramai yang percaya dengan fitnah yang disebarkan oleh Si Rafizi terhadap institusi kewangan Islam tu membuatkan mereka dikalangan penyokong Pakatan Haprak tu sendiri rasa kecewa.

Bukan setakat ada yang keluarkan semua duit dalam akaun simpanan mereka di Tabung Haji. Malah ada juga yang sanggup menolak tawaran untuk pergi menunaikan Ibadah Haji di Mekah.

Semuanya gara - gara mereka percaya dengan dakyah pembohongan dan fitnah yang disebarkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini yang mendakwa kononnya Tabung Haji ni bakal bankrap.

Bahkan Si Rafizi tu juga turut membuat dakwaan kononnya Tabung Haji mempergunakan duit simpanan pencarum untuk membayar hutang yang dimiliki syarikat pelaburan strategik 1MDB.

Malahan, Si Rafizi tu juga turut membuat andaian kononnya selepas ini Tabung Haji akan menaikkan kos bagi menunaikan Haji bagi menampung kerugian yang terpaksa mereka tanggung.

Maka untuk ke sekian kalinya, tohmahan dan dakwaan kosong yang dibuat oleh Si Rafizi tu ternyata tidak benar sama sekali apabila Tabung Haji mengumuman, kos Haji bagi tahun ini kekal.
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.
Nah! Tidakkah itu merupakan satu pembuktian bahawa Si Rafizi ni bukan sahaja Penabur Fitnah yang paling tegar di Malaysia, bahkan dia juga seorang Pembohong Besar. Bagaimana orang macam Si Rafizi tu boleh jadi pemimpin? Itu korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Tahniah kp pengurusan LUTH kerana telah mengurus wang pendeposit dgn baik lalu memulangkan semula kepada pendeposit.tidak perlulah dijadikan isu!

    BalasPadam
  2. Apa yg nak terkedunya...memang itu tujuan asal LUTH ditubuhkan.

    BalasPadam
  3. Lapuiji kaki fitnah... Fitnah FGV, Kandang lembu, fitnah TH, Fitnah Rosmah, Fitnah Najib songlap duit GST, fitnah MARA, fitnah LTAT, fitnah Scorpene, Fitnah Khalid gagap. Fitnah Azmin Ali, Fitnah Petronas, Fitnah Uitm, Fitnah ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah kawan sendiri si Azmin.. kita tunggu penyudah kesahnya..

      Padam
  4. klu brpolitik hanya dgn fitnah tunggulah hukuman rkyat dlm pru14 nanti.

    BalasPadam
  5. Biar kaki fitnah asal jangan kaki songlap macam piemm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepala bana kau.. lama x kena liwat ke?

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping