Rabu, Jun 08, 2016

Heh! Nampak gayanya, bukan Si Mat Sabu tu sahaja yang YAKIN 100 PERATUS bahawa PAS tidak mampu untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar ni.

Tapi sebaliknya, PKR yang merupakan parti sekutu PAS yang masil tinggal nyawa - nyawa ikan di Selangor tu pun mempunyai pandangan yang sama dengan rakan mereka dalam Pakatan Haprak tu.

Tampil membuat kenyataan melalui paparan video semalam, Si Rafizi merangkap Setiausaha Agung PKR membuat dakwaan bahawa PAS tidak mampu untuk bersaing dengan Barisan Nasional.

Kalau ikut kata Rafizi, PAS hanya menghabiskan masa dan mensia - siakan peluang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini jika mereka hanya sekadar mahu menjadi Penasihat.
"Kemenangan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS tidak akan mengubah keadaan kerana mustahil PAS boleh memenangi cukup kerusi parlimen untuk menewaskan BN. 
"Tambahan pula kebelakangan ini kita melihat PAS mengalami kemerosotan sokongan dari pengundi bukan-Melayu yang mendadak (PAS) dilihat tidak mampu untuk mewakili semua rakyat Malaysia," katanya.
Rafizi juga turut mempersoalkan tindakan PAS yang masih kekal enggan untuk memberikan kerjasama dengan Pakatan Haprak tu bagi mencapai hasrat untuk menumbangkan Barisan Nasional.
"Kenapa tidak bersatu untuk jatuhkan Najib dan Barisan Nasional dahulu? Kemudian selesaikanlah perbezaan, rakyat perlu diselamatkan dahulu!" kata Rafizi.
Dari satu sudut, kenyataan Si Rafizi tu seolah - olah satu Penghinaan yang cukup nyata terhadap keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini dengan memutuskan hubungan dalam Pakatan.

Sebagai rekod, PAS menamatkan kerjasama dengan DAPigs dan Pakatan Haprak tu selepas perlaksanaan agenda Langkah Kajang dimana mereka menganggap parti itu sentiasa dipinggirkan.

Malah, PAS juga beranggapan bekas rakan sekutu mereka, PKR dan DAPigs tidak pernah sekali pun menghormati dasar perjuangan yang dibawa parti itu selama mereka bertahaluf siyasi.

Tapi kalau nak diikutkan, tak heran la kenapa Si Rafizi ni bertindak kejam terhadap PAS. Mungkin masih ada sisa dendam terhadap PAS yang sebelum ini telah menggagalkan agenda Langkah Kajang dengan menyokong Si Azmin tu sebagai Menteri Besar!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Rakyat perlu diselamatkan dari pembangkang tanpa faedah seperti Rafizi ini terlebih dahulu......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping