Jumaat, Julai 22, 2016

Walaupun ramai pemimpin PKR yang semakin taksub menjadi pengikut perjuangan 'Suci' Bekas Perdana Menteri Malaysia itu, masih ada lagi dikalangan mereka yang setia dengan Wan Azizah.

Tidak semua pemimpin PKR selesa dengan dengan gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir dan menyifatkan perjuangan Mantan Perdana Menteri itu sebagai agenda peribadi.

Pengasas NGO Pro PKR, SAMM yang digantung keahliannya adalah diantara mereka yang cukup lantang mengkritik ketumpulan kesetiaan pemimpin PKR yang taksub dengan Tun Mahathir. 
“Gerakan besar rakyat ini harus hadir dengan suara padu semua dari akar umbi. Ia seharusnya dielakkan dikumpulkan sekumpulan elit manusia dalam dewan berhawa dingin membuat keputusan dan rakyat hanya dipergunakan namanya sahaja. 
“Jika ini berlaku maka ia hanya mengulangi kegagalan deklarasi rakyat yang kononya gah tetapi akhirnya kerana tidak bersifat akar umbi, disergah dengan pembongkaran pemalsuan akuan sokongan terus mereka buat buat lupa cadangan berarak ke Istana bagi mempersembahkan 1 juta (tandatangan) sokongan rakyat bagi membolehkan Agong memecat Perdana Menteri akhirnya semua sia –sia," kata Cikgu Bard.
Namun mereka yang disifatkan oleh Si Chaguard sebagai golongan yang 'sudah termakan dedak' Tun Mahathir ini terus berkempen bagi membesarkan lagi imej Politik 'Suci' Tun Mahathir.

Malah mereka turut mendakwa Tun Mahathir kini dah mencapai status Abu Sufian yang memimpin orang kafir Quraisy Makkah semasa berlakunya peristiwa penaklukan kota Makkah.

Bagi pemimpin PKR yang pro-Mahathir ini, mereka menafsirkan episod penting yang membabitkan Abu Sufian itu sama dengan senario politik yang cuba digerakkan tun Mahathir.

Meskipun Mahathir pernah bersikap gampang dan menekan mereka pada zaman awal reformasi kerana membela Anwar Ibrahim yang dipenjarakan oleh Mahathir, bagi mereka itu adalah kisah lampau.

Lantas mereka tidak segan silu menyatakan sokongan meskipun mereka akur dan insaf bahawa tindakan mereka itu mengguris hati Presiden yang juga isteri kepada Si Ketua Penipu tu.

Tapi, kalau diikutkan Sirah, selepas Abu Suffian memeluk Islam itu baru dia berjasa kepada Islam dengan menjadi pemimpin umat Islam melebarkan pengaruhnya di serata jazirah Arab.

Persoalannya, sejak bila pulak Mahathir berhijrah daripada seorang jahil yang telah menganiayai bekas Timbalan Perdana menterinya menjadi pejuang yang prihatin akan keperluan rakyat?

Dedak apa yang telah digunakan sehingga pemimpin - pemimpin PKR boleh tunduk menjadi penyokong tegarnya lantas memecahkan amalan demokrasi yang diperjuangkan selama ini?

ATAU, adakah seperti beberapa pemimpin pembangkang dalam DAPigs dan PAN yang melihat kehadiran Tun Mahathir dalam gelanggang Politik Longkang mereka itu akan membantu menambah sokongan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang???
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kesian ...ada ke lagi org dengar temberang cikgubard ni. Budak takde parti ni duduk diam jelah. Dia bukan faham pun apa yg jadi sekarang ni. Asal nak bercakap jelah dia ni dari dulu

    BalasPadam
  2. saya sokong cikgubard...

    BalasPadam
  3. Bad ni bukan pemimpin. Macam mana lak dia tau. Budak ni bangang nak mampus. Cari makan cara tido atas jalan dan tuduh org tak pasal2. Bahlol kau bro kalau kau sokong Bad ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping