Jumaat, Julai 22, 2016

Nampak gayanya, peringatan Si Ketua Penipu itu supaya pemimpin partinya berhati-hati dengan agenda Tun Mahathir hanya boleh diibaratkan seperti 'mencurah air di daun keladi'.

Malah ada segelintir pimpinan PKR yang kian dilihat begitu 'selesa dan semakin taksub' dengan Tun Mahathir turut menyusun strategi termasuk menyokong penubuhan sebuah Pakatan baru. 

Tak kira la sama ada idea itu mendapat sambutan tau tidak, dan sama ada ia akan mengukuhkan pembangkang atau sebaliknya, mereka tetap berjaya di-Jinak-kan oleh Tun Mahathir.

Punya la diorang yakin dengan kepintaran Tun Mahathir berpolitik sehingga tidak pernah sekali pun diorang 'Ponteng' dari menghadiri sebarang majlis yang telah dianjurkan oleh penyokong Tun.

Meskipun Presiden PKR serta anaknya, Nurul Izzah 'memboikot' agenda politik Tun Mahathir, Naib - Naib presiden PKR seperti Tian Chua dan Shamsul Iskandar dilihat terus teruja dengannya. 

Selain itu, Timbalan Presiden PKR juga dilihat kian ghairah menawarkan platform politik bagi Mahathir untuk menggerakkan kempen deklarasinya dan terus memberikan sokongan secara terbuka. 

Walaupun sebelum ini Azmin terpaksa membatalkan majlis khas untuk Mahathir kerana ditegur oleh Wan Azizah, namun masih ada pemimpin PKR yang dengan senang hati mengundang Mahathir berucap di kubu mereka. 

Terbaru, pada Sabtu ini Tun Mahathir dijadual berucap di majlis ceramah politik di kawasan parlimen Bukit Katil, kubu kuat PKR atas undangan wakil rakyatnya, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar. 

Bagi menggalakkan rakyat hadir di majlis yang akan menghidangkan 'menu politik' mereka, pemimpin - pemimpin berkenaan juga cuba memaparkan perjuangan terkini Tun Mahathir itu sebagai satu agenda 'suci'.

Mereka menebarkan kempen betapa apa yang sedang digerakkan oleh Mahathir itu ialah untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bobrok.

Dalam erti kata mudahnya, pemimpin PKR kini lebih ramai yang berjaya ditundukkan dan mula melupakan agenda asal parti mereka iaitu memperjuangkan kepentingan Si Ketua Penipu itu sendiri.

Namun persoalannya, adakah diorang sanggup untuk melepaskan jawatan yang disandang pada ketika ini dan menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Bekas Perdana Menteri itu kelak? ATAU, diorang lebih rela menjadi Pengkhianat kepada parti mereka sendiri???
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Rasanya kak wan taklah bercelaru sangat kalau banding dgn Najib. Najib ni besar kemungkinan tak cukup tanah nak lari ni. Game over Mr Prime Minister. Kau silatlah setakat boleh. Kita tengoklah nanti ..insyaallah. Ketentuan Allah ni duit pun takleh nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannn tengok ko ni...banyak mkn dedak sampai jadi bodohhh..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping