Isnin, Julai 18, 2016

Mak ai!!! Punya la busuk hatinya Si Khalid Samad ni sampai cerita empat tahun lepas pun dia masih nak ungkit balik? Nampak sangat buruk perangai Si Khalid Samad ni sampai tahap begitu sekali.

Bayangkan. Cerita pasal cadangan Datuk Dr. Hassan Ali tu dah ramai orang lupa. Bahkan dia juga dah dipecat dari parti dan dibuang dari PAS sewaktu masih menjadi ADUN di Selangor.

Itu pun masih tak cukup lagi ke bagi Si Khalid Samad sehingga membuatkan dia sanggup ambik tindakan dan memfailkan undang - undang terhadap Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tu?

Tindakan Si Khalid Samad tu memfailkan saman terhadap Hassan Ali itu dilakukan pada April baru - baru ini dan pihak mahkamah menetapkan 27 Ogos nanti untuk pengurusan kes tersebut.

Khalid yang kini menjadi AJK PAN memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co dan menamakan Hassan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, Khalid selaku plaintif mendakwa Hassan, yang ketika itu Exco Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya pada 2013.

Khalid juga turut mendakwa video ucapan itu kemudiannya telah disunting dan dimuat-naikkan ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses oleh orang ramai secara terbuka.

Khalid mendakwa, ucapan yang dibuat oleh Hassan itu tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah yang memberi kesan terhadap reputasi, imej dan nama baiknya, yang ketika itu AJK PAS Pusat.

Pernyataan fitnah itu bermaksud dia seorang pemimpin anti-Islam dan mengkhianati Islam dengan mempertahankan penjualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut ynag bertentangan dengan hukum Islam.

Sehubungan itu, Khalid menuntut ganti rugi am dan teruk, perintah injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada mengulangi kata-kata itu, kos, faedah serta relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Hassan dalam pernyataan pembelaan, yang difailkan pada 27 Jun lepas, mendakwa perkataan yang diucapkan itu adalah satu fenomena umum dalam senario politik di Malaysia iaitu pihak-pihak mengkritik antara satu sama lain demi kepentingan politik masing-masing.
Categories:

3 ulasan:

  1. Memang betul sangat2, dari dulu lagi Khalid Samad ni adalah orang yg sangat busuk hati, pendendam, dengki dan semua yg negatif. Manusia jenis apakah dia, tak layak...diulang.. tak layak sebagai MP. Asyik mencari kesalahan, asyik mencari kesilapan. Tak pernah...tak pernah appreciate kebaikan yg dibuat oleh orang lain

    BalasPadam
  2. nanti akan trdedah di mahkamah pasal kerja si khalid ni....

    BalasPadam
  3. Dia ni ada rekod menjerit sial, sial, sial.. dlm parlimen yg mulia... Tang mana akhlak dia ni rakyat pun tak tahu? MP specis apa kita pun tak tahu? Apa agenda Islam yg dibawa pun kita tak tahu? Mana ruu355 versi Amanah yg dikatakan hebat tu sehingga sekarang rakyat pun tak tahu?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping