Jumaat, Julai 15, 2016

Jika Pakatan Harapan berhasrat mahu memulakan rundingan semula dengan PAS, adakah DAP telah bersedia menerima kembali prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ seperti yang dipersetujui dahulu?

Itu persoalan utama yang diajukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika mengulas mengenai cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS sebelum ini.

Menurut Nik Abduh, konsensus itu dianggap sangat penting kerana ia merupakan titik utama kepada tercetusnya perbalahan antara PAS dan DAP semasa bersama Pakatan dahulu.
“Kalau betul untuk kembali (semula) kepada syarat asal Pakatan Rakyat (iaitu) ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’, maka itu boleh jalan (memulakan perundingan),” katanya.
Tambah Nik Abduh lagi, keadaan hari ini terlalu sukar kerana banyak lagi halangan lain untuk memulakan semula rundingan ke arah gabungan khususnya selepas kewujudan parti PAN.
“Isu sekarang, benda itu sudah jauh berlaku. DAP masih keras. DAP melahirkan PAN. Kita tunggu jawapan sebelah sana (Pakatan Harapan), adakah boleh kembali kepada asal, kalau tidak (rundingan) itu tidak akan berlaku,” katanya.
Maka Nik Abduh membuat rumusan bahawa sebarang rundingan semula bagi kerjasama Politik diantara PAS dengan Pakatan Harapan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
“Pakatan Harapan dengan PAS ? Tidak akan berlaku,” tegas Nik Abduh.
Dalam erti kata lainnya, PAS masih lagi terkesan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti itu sebelum dan juga penglibatan DAPigs dalam pengkhianatan itu juga merupakan satu perkara yang tidak dapat dimaafkan!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping