Jumaat, Julai 22, 2016

Heh! Tak heran la kenapa Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini beria - ia benar keluarkan 'Kata Dua' yang berbaur ugutan terhadap Exco PAS untuk memecat mereka dari Rejim Pakatan tu.

Kalau dilihat dari satu sudut, memang nampak logik ugutan yang dibuat memandangkan wakil dari PAS tu pasti suatu hari nanti akan menjadi 'Kudis' kepada Pakatan Haprak tu di Selangor.

Tapi disebabkan Si Menteri Besar Selangor tu "Sayang" sangat pada jawatan dia, maka sebab itu dia TAKUT nak ambil tindakan dan mengotakan 'Janji' yang telah dibuat sebelum ini.

Walaubagaimana pun, tindakan Si Menteri Besar Selangor itu akhirnya akan memakan diri sendiri apabila wujud penentangan ideologi dalam pentadbiran Rejim Pakatan dibawah pimpinanya.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu cuba men-Tarbiyah-kan PAS berhubung isu bantahan mereka terhadap penganjuran konsert Selena Gomez di Stadium Tertutp Melawati.

Kata Si Azmin, PAS perlu menerima penganjuran konsert tersebut sambil memperlekehkan alasan parti itu yang mendakwa penyanyi Amerika itu 'Terlalu Seksi' kerana ianya ciptaan tuhan.

Mungkin dek kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar membuatkan Exco PAS Selangor ini tak berpuas hati dan tetap senada membantah penganjuran konsert tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri menyifatkan konsert itu sebagai hiburan yang melalaikan dan bertentangan syariat Islam.
“Saya lihat tidak ada kebaikan pun konsert tersebut untuk masyarakat Islam. Penampilannya yang bertentangan syariat Islam di luar tetap akan memberi kesan kepada generasi muda,” katanya kepada FMT hari ini.
Pokok pangkalnya, bantahan yang dibuat oleh Exco PAS Selangor itu membuktikan bahawa wujud kepincangan yang cukup kronik dalam Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar itu sendiri. 

Sedangkan masalah konsert pun dia tak mampu nak selesaikan dengan cara yang baik sampai tahap dibantah oleh Exco sendiri, inikan pulak masalah rakyat yang lebih besar dari itu. Patut la Selangor sekarang ni banyak dilanda masalah yang masih belum dapat diselesaikan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Dari tengok neelopa tudong, aarrkk lebih suka salina gomez. Betul tak aji...

    BalasPadam
  2. setakat main wayang kulit jer tu...mb nk jaga hati penyokong nyer,pas sekadar menegur utk sedapkan hati ahli...2×5 ...politik longkang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping