Jumaat, Julai 15, 2016

Tunggul Kayu!!! Memang tepat sangat gambaran yang diberikan kepada Si Wan Azizah tu. Nampak sangat yang dia memang Tak Layak untuk menjadi pemimpin kepada Pakatan Haprak tu.

Dengan pengumuman yang telah dibuat semalam, jelas kedudukan Si Wan Azizah tu sebagai Ketua Pembangkang dikalangan puak Pakatan Pembangkang tu memang tidak diiktiraf.

Secara tidak lansung, pengumuman itu juga boleh dianggap sebagai satu Penghinaan terbuka pemimpin dikalangan uak Pakatan Haprak tu terhadap Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Biarpun dalam sidang media semalam ada wakil dari PKR, tetapi umum mengetahui Si Sam Ketot tu mewakili kartel Azmin Ali yang juga merupakan Musuh Dalam Selimut kepada Wan Azizah.

Bahkan semua orang pun tahu pendirian Wan Azizah dan ahli keluarganya yang sehingga ke hari ini masih lagi enggan tunduk dan akur kepada gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Mereka masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin diktator yang telah bertindak zalim terhadap keluarga mereka sewaktu pemecatan Si Ketua Penipu tu pada tahun 1998.

Malah, kehadiran Lim Kit Siang dan pemimpin - pemimpin lain dalam Pakatan Haprak tu membuktikan bahawa suara Si Ketua Penipu tu dari Penjara Sungai Buloh sudah tak laku dalam Politik di Malaysia.

Sebaliknya mereka lebih tunduk kepada kehendak dan kemahuan peribadi Tun Mahathir seperti mana yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu dalam surat panjang lebarnya sebelum ini.

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin yang turut serta dalam sidang media semalam juga boleh dianggap sebagai satu Pengkhianatan kepada keluarga Wan Azizah.

Persoalannya pada ketika ini, apa pulak pandangan dari kalangan mereka yang Pro Wan Azizah? Adakah mereka akan menerima pembentukan gabungan baru itu dengan hati yang terbuka?

Adakah mereka sanggup menerima Tun Mahathir sebagai Ketua bagi menggantikan kedudukan Wan Azizah pada ketika ini? Pokok pangkalnya, Wan Azizah kini dilihat semakin tidak relevan dalam arus Politik semasa. Elok dia duduk kat rumah je jaga anak cucu!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kalau dah hina...mana bolih di hina lagi... dalam polilik...fikir fikirkanlah...terutama penyukongnya yg hina dina...

    BalasPadam
  2. TM...nampak sikap pendemdam kesumat mu terlalu tebal ye...pendemdam adalah sifat SYAITAN..muhasabahlah diri tu..pergi2 lah ke Mekah..bertaubat didepan pintu Kaabah..mungkin hati akn tenang dengan IzinNya..Insyaalah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping