Jumaat, Julai 15, 2016

Heh! Memang agak tipikal sungguh metaliti pemikiran Si Mahfuz Bean ni. Sepertimana yang dijangkakan, Si Mahfuz Bean ni pasti 'Ghairah' mendengar cadangan Si Pak Berahim tu.

Kata Si Mahfuz Bean dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu wajar diberikan pertimbangan oleh kepimpinan parti dan juga ahli.

Alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean, 'Genjatan Senjata' itu perlu sebagai satu langkah kedepan yang tersirat demi kelangsungan parti itu yang kian terancam pada ketika ini.
"Kenyataan Tuan Ibrahim itu satu kenyataan yang harus dilihat pada masa depan parti itu sendiri. Saya lihat kenyataan itu menarik, perubahan pendirian PAS daripada menganggap Amanah, DAP itu musuh dan (PAS) macam bersedia untuk memaafkan PKR yang turun berkempen untuk Amanah pada PRK yang lalu yang mengajak pengundi menolak calon PAS. 
"Ini bermakna sesuatu yang menunjukkan kesediaan untuk gencatan senjata dan juga berkompromi menunjukkan PAS bersedia melupakan segala lontaran kata-kata dan tuduhan yang berbagai kepada parti (pembangkang) yang lain," ujar beliau lagi.
Walaubagaimana pun, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu memang sesuatu yang boleh kita duga kerana secara umumnya Si Mahfuz Bean tu lebih cenderung menyokong PAN dari PAS.

Perkara itu pernah diakui sendiri oleh pemimpin PAN yang mengibaratkan Si Mahfuz Bean tu sama seperti buah mangga 'Harumanis', diluarnya Hijau tetapi isi dalamnya berwarna Oren.

Jika dilihat dari satu sudut, perumpamaan itu sahaja sudah memberikan kita gambaran mengenai sikap sebenar Si Mahfuz Bean tu. Dia merupakan seorang Pengkhianat didalam PAS.

Jadi, tak heran la kalau Si Mahfuz Bean tu dilihat cukup 'Teruja' bila mendengar seruan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS tu supaya pembangkang mengadakan Genjatan Senjata.

Apa yang pasti, ke-Ghairah-an Si Mahfuz Bean menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Si Pak Berahim bukan untuk kelansungan parti atau pun untuk menjaga kepentingan rakyat.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar nak menjaga kelansungan dan menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri. Sebab dia tau, tanpa sokongan dari kalangan puak Pakatan Haprak tu, sudah pasti kedudukan dia pun akan tergugat dimasa akan datang!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Mahfuz dan Ibrahim macam lebih sesuai duduk dalam PAN dari PAS. Orang mcm ni boleh merosakkan PAS kerana ideologi yg x berapa nak sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibrahim satu satunya harapan Anwarinas untuk merampas kembali Parti Pas dari dalam..

      Padam
  2. yg sorang ni tak payah buat kira sangat...selalu melalak tak tentu hala sejak akhir2 ni.

    BalasPadam
  3. Dia ni kambing mengembiik...pun dia teruja.. merempat tak bertempat.. harap TDM ambil dia jadi orng kanan dalam parti baru.. Pas dah bakul samapahkan dia... Majlis masih tak kutip kutip.. sbb tak cukup syarat..no ..taik rupanya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping