Khamis, Julai 14, 2016

Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking menuduh Selangor sedang diperintah kumpulan ekstremis berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.

Ia sekaligus menuduh Sultan Selangor sebagai ketua kepada kumpulan ekstremis berikutan sifatnya sebagai Ketua Agama Negeri di Selangor.

“Ia mula kelihatan seperti ektremis sedang mentadbir Negeri Selangor!” katanya ketika mengulas laporan Malaysiakini yang menyebut Khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JAIS baru-baru ini. 

Khutbah itu antara lain melafazkan kesyukuran terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi kerana berjaya membentangkan rang undang-undang persendirian yang disifatkannya sebagai kemenangan bagi umat Islam.

Khutbah itu juga turut mengucapkan kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai ‘sesat’.

Malaysiakini mendakwa Khubah itu telah dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor.

Darrel turut menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil memberi penjelasan berhubung dengan khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memuji rang undang-undang persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Serius, Menteri Besar Selangor Azmin Ali perlu menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan JAIS berkaitan kedudukan ini,” katanya dalam Facebook.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping