Heh! Nampak gayanya, tak semua pihak bersetuju untuk akur dengan saranan dan cadangan yang dibuat oleh Si Pak Berahim tu sebelum ini. Ada juga pihak yang memperlekehkannya.
Nak pulak dikalangan mereka yang pernah mengkhianati PAS sebelum ini. Sudah pasti mereka akan membuat pelbagai kritikan serta dakwaan yang bukan - bukan terhadap seruan tersebut.
Salah seorang yang paling awal memberikan pandangan ialah Si Khalid Samad yang mengkritik seruan Tuan Ibrahim untuk mengadakan genjatan senjata dikalangan pembangkang.
Bagi Si Khalid Samad, seruan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu hanya dianggap wayang semata - mata kerana pendirian PAS selama hari ini sering kali berubah - ubah.
Kata Si Khalid Samad, PAS sepatutnya menetapkan pendirian untuk tidak menyebabkan perpecahan yang berpunca daripada sikap tidak menentu bersabit pendekatan politik mereka.
Malah, Khalid Samad juga menyelar sikap PAS yang kadang-kadang 'Mesra UMNO' dan menyerang pembangkang terutamanya PAN menjadikan pembangkang sukar menjalinkan kerjasama.
"Kalau dia (PAS) nak begitu (gencatan senjata), biarlah istiqamah jangan bertukar-tukar. Sekejap kata kami (PH) lawan (PAS), kejap kata musuh. Sekejap kata Umno lawan, dan sekejap kata Umno musuh.
"Bagi kami, kami berada dalam satu pakatan, maknanya kami dari awal lagi sudah memahami bahawa kerjasama untuk lawan musuh yang satu. Yang tidak faham adalah PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mungkin kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu disebabkan dia merasa terhina dengan cadangan yang dibuat oleh Pak Berahim supaya Pembangkang mengadakan genjatan senjata.
Mungkin bagi pendapat Si Khalid Samad, cadangan yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan satu 'Penghinaan' terhadap 'Pengkhianatan' yang telah dilakukan terhadap parti itu sebelum ini.
Pokok pangkalnya, seruan Si Pak Berahim tu hanya dianggap 'Main - Main' kerana PAS sudah dilabel sebagai Pemakan Dedak UMNO oleh majoriti pengikut mereka dipelbagai peringkat.
Dalam erti kata lainnya, menurut pandangan pemimpin serta penyokong parti KUALI Si Mat Sabu tu, cadangan yang dibuat oleh Si Pak Berahim tu hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi PAS semata - mata dan bukannya dibuat dengan ikhlas!!!
Khalid Samad ini bukan la bagus sangat. Pandai cakap je, cuba suruh dia initiate sesuatu..jawab nya tak jadi dan tak selesai.Lepas tu menuding jari kat orang lain. Bangang punya Khalid baghal ni.
BalasPadamKhalid memang jenis ini. Tapi Pak Berahim yg menyerah tengkok, di pancung oleh si khalid lah jawapan nya.
BalasPadamPas ni tsk serik2 ke... udah2 la tu.. baik fokus kepada blok ke 3.
BalasPadam