Jumaat, Julai 22, 2016

Cadangan mengadakan pilihan raya mengejut negeri jelas menunjukkan bahawa Rejim DAPigs Pulau Pinang dalam keadaan gelabah, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof.

Sebaliknya, beliau berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya menunggu sehingga pihak mahkamah membuat keputusan terhadap dua pertuduhan yang sedang dihadapinya.
“Tindakan kerajaan negeri ini seolah-olah macam DAP yakin bahawa pendakwaan terhadap Lim itu akan lekat (disabit kesalahan). Tindakan ini juga seolah-olah nak selamatkan Lim dan DAP.
“Kami melihat dalam isu ini sepatutnya DAP tak buat tindakan yang mendatangkan masalah kepada rakyat … buat satu perkara yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini
Beliau berkata pilihan raya negeri yang dicadangkan oleh DAPigs itu sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan yang sangat besar dan ia juga membazirkan duit rakyat.
“Rakyat juga akan menghadapi dua pilihan raya, iaitu pilihan raya negeri dan Parlimen. DAP mengambil jalan untuk mengadakan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah sehingga boleh menyebabkan prestasi DAP, ketua menteri terhakis dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Walaubagaimana pun, Fauzi berkata PAS Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah dengan mengadakan pilihan raya mengejut dan pilihan kedua ialah menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. klu tak brsalah tak prlu gelabah...buat pru mngejut pun tak brmakna km tak brsalah dan tak semestinya dap kekal brkuasa di penang.

    BalasPadam
  2. Diaorang tak pernah takut lah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping