Khamis, Julai 21, 2016

Mabuk apa tah geng Gerakan ni. Macam la diorang tak kenal siapa Si Guan Eng tu dalam Pakatan Haprak tu. Pun lagi diorang nak pertikaikan kenapa PKR tu takut dengan Guan Eng?

Parti Gerakan menyelar PKR kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti berikutan kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengenai isu 1MDB.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, desakan Presiden PKR, sebelum ini sebenarnya pra-matang kerana Najib tiada kaitan dengan kenyataan Jabatan Kehakiman AS tersebut.
“Perdana Menteri tidak didakwa malah namanya tidak disebut oleh Jabatan Kehakiman AS. Justeru permintaan Presiden PKR itu tidak pra-matang dan tiada kaitan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Keng Liang seterusnya menegaskan Wan Azizah sekadar mempamerkan sikap `double standard’ dengan kenyataan beliau itu kerana tidak pernah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya bercuti.

Menurut beliau, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP secara terang-terangan dituduh di mahkamah atas kes rasuah tetapi beliau masih terus bertindak sebagai seorang Ketua Menteri.
“Berdasarkan prinsip-prinsip yang dikatakan Presiden PKR (ke atas Najib), kami percaya Guan Eng yang sepatutnya mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah.
“Ini adalah keadaan yang jelas di mana seseorang yang memegang jawatan pegawai tertinggi negeri didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa Wan Azizah memberi pengecualian kepada Guan Eng sedangkan banyak desakan oleh pihak lain supaya Ketua Menteri itu bercuti.
“Kami menggesa PKR berpegang kepada kata-katanya dengan menuntut Guan Eng untuk pergi bercuti tanpa sebarang alasan lagi,” katanya.
Mati hidup semula pun PKR takkan berani nak desak Si Guan Eng tu letak jawatan. Semua orang pun tau yang Si Guan Eng tu dianggap sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu. Jadi, tak payah la geng GERAKAN ni pura - pura tak tau pulak!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping