Sabtu, Ogos 27, 2016

Pengasas NGO Pro PKR yang kerap menyalak mempertahankan amalan Politik Songsang parti itu sebelum ini telah mengesahkan pemecatan dirinya daripada parti melalui laman Facebooknya.

Menurut Chagubard, surat pemecatan tersebut diterima menerusi emel pada pagi ini, dan mendakwa tindakan pemecatan itu diambil selepas beliau enggan menerima 'pujukan' pihak tertentu.

Dipercayai 'pujukan' tersebut berkemungkinan bagi mendesak Chagubard membatalkan hasratnya membuat laporan kepada SPRM berkaitan status ubah tanah di Paya Indah Wetlands pada petang ini.

"Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir. 3.00 petang ini di SPRM," tulis beliau.

Chagubard dalam pada itu turut memuat naik surat pemecatan keanggotaan yang diterima beliau daripada ibu pejabat parti itu di laman Facebook beliau.

Menurut surat yang bertarikh pada hari ini (26 Ogos), mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Menurut surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti .

Ia juga menyebut bahawa dengan pemecatan tersebut, maka secara langsung Chegubard dilucutkan segala jawatan yang dipegang atas nama parti dan tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti, serta membuat apa-apa kenyataan atas nama parti.

Yang peliknya, jika Si Chagubard tu dipecat dari parti hanya semata - mata kerana dia nak buat laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, bagaimana pulak dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi?

Bukan ke sebelum ini Setiausaha Agung parti tu juga pernah membuat pendedahan mengenai salah-laku dalam urus tadbir Rejim Pakatan Selangor yang didakwa turut mengamalkan Rasuah Betina?

Namun, pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi tu kemudian diam begitu sahaja walaupun laporan telah dibuat kepada pihak SPRM. Mungkinkah Si Rafizi tu dah termakan 'Pujukan' pihak tertentu untuk mendiamkan diri dari memperkatakan mengenai perkara tersebut???
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Makin kucar kacir dah pkr ni. Dah la Pan pun mula retak. Apa nk jdi dgn ph ni....

    BalasPadam
  2. BN jugalah tempat rakyat berpaut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping