Khamis, September 01, 2016

Heh! Mimpi apa gamaknya Si Din Pudu ni ye? Pengaruh apa la yang ada pada Si Husam Musa tu gamaknya sampai tahap dia menjadi 'Ayam Tambatan' kepada PAN pada ketika ini?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Din Pudu tu hari ini, dia berharap PAN akan dapat mempergunakan Si Husam Musa tu dengan menawarkan jawatan setaraf dengan kemampuannya.

Kata Si Din Pudu tu lagi, PAN akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada pada ADUN Salor itu terutamanya dalam membawa pengaruh kepada negeri pimpinan PAS, Kelantan.
"Saya rasa dalam masa terdekat kita akan bincang tentang kedudukan beliau. Sudah pasti beliau akan diberikan satu peranan setaraf dengan kebolehan dan pengalaman serta wibawa beliau," katanya kepada Antarapos.
"Itu akan kami bincangkan dalam masa terdekat, kerana peranan dia dan kedudukan beliau adalah sesuatu yang telah kita sediakan. Apabila beliau memberikan isyarat beberapa bulan lalu untuk sertai Amanah dan semalam baru sah," katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu tu secara tidak lansung telah memalukan Si Husam yang baru sahaja menjadi ahli PAN malam semalam secara terbuka.

Si Din Pudu tu seolah - olah memberikan gambaran bahawa tindakan Si Husam tu mengambil langkah meninggalkan PAS kerana mahu jawatan yang bakal ditawarkan oleh parti itu.

Malah, mungkin Si Din Pudu tu harap dengan mempergunakan pengaruh Si Husam tu boleh membantu dia untuk kembali menjadi wakil rakyat di Negeri Kelantan seperti sebelum ini.

Namun, bagi Si Din Pudu yang mendakwa PAN kini bergantung harap kepada pengaruh Si Husam tu di Kelantan hanya boleh diibaratkan sebagai "Pungguk Merindukan Bulan" semata - mata.

Mana tidaknya. Kalau betul Si Husam tu ada pengaruh, dah tentu jawatan Menteri Besar Kelantan tu menjadi milik dia. Tapi dek kerana sedar yang Si Husam tu memberikan pengaruh negatif kepada PAS, maka sebab itu Allahyarham Nik Aziz tak beri dia menjadi Menteri Besar!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kebolehan apa? Semasa jdi exco dulu bnyak projeknya gagal. Ada yg tinggal batu asas je...hasilnya tak ada. Cakap memang la berdegar degar tpi kosong. Dok dlm Pan sesuai la. Kerja kutuk dn kritik org. Semua tak kena...yg bagus dan kena Dap je...uh

    BalasPadam
  2. Husang mana ada pengaruh.....kahkahkah.....husang berjaya pengaruhi wan rahim je....satu dunia kecoh 10 adun PAS nak ikut Husang.......rupa-rupanya auta.....kahkahkah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping