Khamis, September 01, 2016

PAS mengingatkan Rejim PKR Selangor agar tidak terikut-ikut dengan telunjuk orang bukan Islam menerusi langkah pemansuhan diskaun 10 peratus untuk bumiputera baru - baru ini.

Diskaun sebanyak 10 peratus itu adalah bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di yang dilaksanakan oleh Rejim Negeri itu.

Ketua Dewan Ulama Pas berkata, perkara tersebut adalah tidak wajar kerana orang Melayu masih belum mempunyai kedudukan ekonomi yang setaraf dengan kaum lain khususnya di kawasan bandar.
“Sepatutnya kerajaan PKR Selangor jangan cepat mengikut te­lunjuk orang bukan Islam kerana kebanyakan mereka mampu memiliki rumah meskipun tanpa ada diskaun.
“Walaupun tujuan mereka (ke­ra­jaan negeri) baik untuk memberi keadilan kepada semua rak­yat tetapi kita bimbang perkara tersebut tidak mampu tercapai selagi ekonomi orang Melayu belum setaraf dengan bangsa lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Sela­ngor mengesahkan diskaun 10 pe­ra­tus untuk bumiputera bagi pem­belian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO di Negeri itu akan dimansuhkan bermula hari ini.

Si Menteri Besar Selangor tu berkata, sebaliknya diskaun sebanyak 10 peratus tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori mereka yang berpendapatan ren­dah dan sederhana.

Selain itu, Mahfodz berkata, langkah mem­beri diskaun perumahan ke­pada bumiputera wajar diterus­kan bagi membantu orang Mela­yu memiliki kediaman sendiri terutama di kawasan bandar.
“Jika bumiputera sudah kuat dari segi ekonominya, saya setuju untuk memansuhkan diskaun tetapi secara realiti masyarakat bumiputera masih belum setaraf ekonominya.
“Oleh sebab itu, diskaun perumahan perlu dikekalkan supaya golongan bumiputera mampu memiliki rumah sendiri,” jelas­nya.
Dalam erti kata mudahnya, tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu sekadar mengikut telunjuk orang lain dan ianya jelas hanya menguntungkan mereka yang Bukan Melayu, terutama sekali dikalangan puak DAPigs!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Yang bnyk ikut telunjuk dap skrng ni pan. Pkr tak seteruk Pan dlm kes jdi pak angguk Dap. Buang Dap dn Pan jauh jauh.

    BalasPadam
  2. Macam mana minoriti boleh tentukan dasar untuk majoriti pulak ye. Dasar DAP tu memang macam kominis. Habis tu adun Melayu kat Selangor tu buat apa? Mengangguk je gitu? Tak guna, wakil rakyat tapi tak membela rakyat.

    BalasPadam
  3. Pemimpin pas yg ada skrg telunjuk lurus kelingking berkait.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping