Isnin, Mei 01, 2017

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta agar Ahli Parlimen Pokok Sena, Si Mahfuz Bean tu supaya kembali ke pangkal jalan dan tidak terus-menerus menghentam parti itu. 

Ketuanya,  S. Suria Narayanan berkata pihaknya ingin Mahfuz terus mewakili PAS di Parlimen Pokok Sena dan bersama-sama menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"Kita juga doa abang Pokok Sena (Mahfuz) supaya bertaubat. Kita (PAS) tidak payah bagi kerusi kepada sahabat kita, orang lain (calon PAS yang lain). Kita bagi balik kepada abang kita (Mahfuz).
"Musuh kita adalah Umno, musuh kita adalah Umno Barisan Nasional. Kita berperang dengan Umno bukan dengan sahabat-sahabat kita yang lain," katanya dalam ucapannya sebentar tadi. 
Mahfuz kebelakangan ini kerap mengkritik kepimpinan parti termasuk menganggap parti sebagai 'bongkak' dan keras kepala kerana enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menuju pilihan raya umum akan datang. 

Bukan Mahfuz sahaja yang diseru agar kembali ke pangkal jalan. Bahkan Suria juga turut menggesa semua bekas pemimpin PAS yang 'tersasar' agar kembali bersama perjuangan PAS.
"Abang sayang di Perak, Nizar Jamaluddin tapi akhirnya dia sudah termakan umpan yang silap, jadi dia sudah dicekup oleh orang tertentu. 
"Saya sayang dia sebab dia begitu bagus perjuangannya. Saya yakin Tuhan akan bagi dia kesedaran dan akan serta dalam PAS balik, bukan dia saja semua pemimpin yang keluar dari PAS masuk PAS balik," tambahnya.
Sebagai rekod, Mahfuz Bean sebelum ini telah mengambil 'Cuti' dari memegang sebarang jawatan didalam PAS. Namun sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu masih belum habis 'Bercuti'.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu lebih kerap menyerang dan mengkritik kepimpinan partinya diatas pentas - pentas ceramah Politik parti dikalangan puak Pakatan Haprak yang menganggap PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping