Hahaha!!! Kalau takde beremosi, Si Khalid Samad ni tak perlu rasa Sentap. Sepatutnya, dia boleh terima tanggapan yang diberikan itu secara terbuka. Bukannya meroyan tak tentu hala.
Hakikatnya, dakwaan yang dibuat oleh Presiden PAS terhadap Pakatan tu sebelum ini memang ada asas jika ianya dilihat dari satu sudut. Memang Pakatan Haprak tu terlampau beremosi.
Malah dalam amalan Politik Longkang yang mereka bawa pun, jelas kelihatan yang gabungan Pakatan itu mengamalkan Politik Emosi bagi menghasut rakyat untuk meraih sokongan.
Perkara itu tidak dapat dinafikan oleh Si Khalid Samad ni sendiri kerana dia pun turut sama terlibat memburukkan PAS dengan pelbagai dakwaan serta tohmahan terhadap bekas partinya itu.
Kalau kita baca balik kenyataan - kenyataan yang dibuat oleh Khalid Samad sejak dia keluar dari PAS dan menyertai parti KUALI Mat Sabu tu pun kita boleh nampak Emosi Kebencian dia.
Tapi, dek kerana cuba jugak nak menegakkan benang yang basah, maka Si Khalid Samad ni menyatakan bahawa label Pakatan sebagai sebuah gabungan Terlalu Beremosi hanya alasan PAS.
Dalam kenyataan terbaru Khalid, dia mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS itu hanya mencipta alasan untuk tidak menjalinkan kerjasama serta bergabung dengan Pakatan.
"Bagi saya hanya satu alasan hakikatnya pandangannya PAS bukan lagi parti pembangkang, dia parti di tengah (di mana) boleh sokong BN dan PH dan tidak komited kepada mana-mana satu (parti).
"Dia (PAS) tidak lihat perlunya menukarkan BN tidak merupakan satu yang perlu sebab itu dia tidak mahu wujudnya satu lawan satu, hanya mahu menjadi pembangkang yang membina," katanya kepada Antarapos.
Malah Ahli Parlimen Shah Alam itu juga tidak menolak keadaan ini sudah pastinya menyukarkan langkah PH dalam memastikan saingan dua penjuru untuk berdepan dengan BN.
"Jadi konsep dua parti tidak merupakan satu konsep yang diterima (PAS). Apa yang dilakukan akhirnya akan dijelmakan dalam bentuk pertandingan tiga penjuru (pada PRU14). Ini memang dah dijangka bahawa mereka (PAS) akan bertanding di semua kerusi, kerusi DAP pun nak bertanding.
"Itu (hanya) alasan dan hujah sedangkan apa yang dilakukan oleh PH adalah usaha untuk menjatuhkan BN secara komited untuk membentuk kerajaan yang baru," katanya lagi.
Dari satu sudut, jawapan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu sendiri menggambarkan yang dia beremosi apabila membuat dakwaan terbuka terhadap PAS. Jadi, tak perlu la dia cuba nak menafikan perkara yang dah terpampang jelas depan mata sendiri!!!
PAN will die natural death, apabila PAN dah kojol..Mat Sabu akan beri 1001 alasan. Khalid Samad akan menyalahkan 1001 orang lain.
BalasPadamDunia sudah yakin bahawa IS adalah ciptaan amerika untok menghuruharakan negara negara Islam. Dan kini rancangan jahat Amerika sudah berjaya. Tapi, malang bagi IS kerana kini merek pula menjadi buruan Amerika dan seluroh dunia kerana doktrin mereka yang zalim dan ganas.
BalasPadamAdakan PAN akan mengalami nasib yang sama? Setelah DAP menjadikan PAN " hunting dog" untok menyerang dan memusnahkan PAS? Kini agenda DAP sudah selesai. Masihkah PAN di perlukan lagi?
Adakah mat sabu akan jadi Debu..
Kholid samat akan jadi tersumbat
Mujahid akan jadi mu jahit.
Yet to be seen.
Tak payah ambil kisah sangat la pasal si khalid samad ni...tak ada org nak dengar pun celoteh dia yg kosong tak membina tu.
BalasPadam