Khamis, Ogos 04, 2016

Allahyarham Bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal-awal lagi melihat perpecahan akan berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana gabungan itu semakin lemah.

Dipetik dari sumber Oriental Daily, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, dasar kerjasama Pakatan sebelum ini adalah mencapai persetujuan berhubung masalah yang timbul.

Dan sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka komponen dalam Pakatan itu perlu mengelakkan masalah itu menjadi semakin besar. Namun malangnya perkara itu tidak berlaku.
“Ayah tahu Pakatan Rakyat semakin lemah, kerana DAP menentang agenda PAS, malah enggan bertolak ansur dan bertindak kasar,” kata Nik Abduh.
Ketua Pemuda PAS itu juga berkata, DAPigs adalah parti yang mempunyai agenda tersembunyi dan ia juga adalah punca PAS serta parti itu tidak dapat bekerjasama untuk jangka panjang.
“DAP tidak boleh menerima ajaran Islam sebenar, tetapi mereka mendakwa boleh terima Islam dan inilah agenda tersembunyi yang saya maksudkan,” katanya sambil menambah DAP hanya mahu memahami dan menerima Islam berdasarkan skop mereka.
Oleh itu, tegasnya, jika DAPigs berhasrat mengajak PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan, parti itu perlu mengakui parti Islam itu bukan menuduh PAS sebagai punca PR dibubarkan.

Malah, Nik Abduh juga turut mendakwa, dalam keadaan Politik sekarang, DAPigs tidak akan dapat menerima syarat PAS dan menganggap parti itu cepat melatah serta pentingkan diri sendiri.

Tambahnya, adalah amat sukar untuk PAS dan DAPigs duduk semeja memandangkan wujudnya penglibatan PAN dalam Pakatan yang dianggap telah mengkhianati parti itu sebelum ini.

Menurutnya, Allahyarham ayahnya juga memang sudah menjangkakan PAS akan berhadapan dengan krisis dalaman sehingga menyebabkan perpecahan dalam parti Islam itu sendiri.
“Beliau juga dengan jelas meminta ahli terus menyokong pucuk pimpinan parti. Media pernah melaporkannya dan semua orang tahu perkara ini,” katanya sambil menepis dakwaan perjuangannya tersasar daripada matlamat ayahnya, sebaliknya segala tindakannya sama dengan ayahnya.
Tegas Nik Abduh, hanya disebabkan PAS memilih untuk tidak menyertai Pakatan Haprak tu kali ini telah membuatkan parti itu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan fitnah dan didakwa sedang mengatur kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum akan datang!!!
Categories: ,

13 ulasan:

  1. Yang aarrkk tau ayah dia ni dah terkena minyak seyongyong papadom.diberi minum ayor holy water jusop egg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun ada kurang setuju dgn pandangan nik abduh, tapi jangan menghina arwah ustaz nik aziz, tarik balik ayat2 penghinaan itu, nanti keterbalikan penyataan anda menemui anda.

      Padam
    2. Alahai terasa hina rupanya. Yang kau faham direct buat b apa.kat sini semua orang berfikir diluar kotak tau tak.

      Padam
    3. "luar kotak" maksud ?

      dari sudut pandang seorang muslim atau bukan muslim ?

      adakah anda bukan muslim, boleh menghina arwah2 muslim sewenangan2nya.

      jika itu cara berfikir dan hidup anda, kami terima seadanya. PERIOD.

      Padam
    4. I not muslim i josup lim saudara sembah greenspot

      Padam
  2. Biarlah kita berbaik sangka sesama islam.berpolitik untuk menguatkan dan menjaga kepentingan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko kena bersangka baik walau tokong dah jual tanah bapak ko...hehe

      Padam
  3. puji melangit ayah sendiri...

    BalasPadam
  4. puji melangit ayah sendiri.....bab ayah die kafirkan UMNO, orang UMNO semayang x dpt pahala tu x nak kritik plak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syooooo...diam2 kasi sorok bawak tikar...

      Padam
  5. ...dah mampuss dah...dulu kapirkan orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Pecahbelah habis org pasal dia dok kapirkan sesama melayu. Siap buat sembahyang hajat nak bagi timpa bala semua tu. Last2 dia yg kena bala. Mcm la bapak dia tu malaikat baik sgt. Ilmu ugama tinggi tapi bertindak mcm jahil demi kuasa politik

      Padam
  6. Pas tak rugi klu tak bersama Dap. Jgn fikir kuasa semata mata sampai gadai prinsip parti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping