Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perjanjian baharu antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan).
"Ini akan menjadi satu alternatif yang lebih baik untuk rakyat," kata Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat PAS pada Sabtu.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Beliau berkata Gagasan akan mengamalkan keharmonian dan budaya politik matang, sambil menyatakan bahawa Gagasan telah diputuskan dalam jawatankuasa bersama antara PAS dan Ikatan pada 2 Ogos.
Dalam perkembangan berasingan, Hadi turut mengumumkan bahawa PAS telah melantik peguam kanan untuk mewakili parti dalam tuntutan mahkamah terhadap Sarawak Report.
Haji chandat sotong lagi baik la dari b pplitik rosakkan agama.
BalasPadamDeme je hok betul orang lain semua salah , Panda lah mung
PadamDeme je hok betul orang lain semua salah , Panda lah mung
PadamTak kisah la pakatan apa pun asal kan TIDAK bersekonkol dg DAP dan PKR.
BalasPadam