Sabtu, Ogos 27, 2016

Heh! Nampak gayanya kedudukan Timbalan Presiden PKR tu sekarang ni dah semakin bertambah kronik walaupun ianya cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat secara umum.

Nak pulak apabila kartel Azmin berjaya menyingkirkan Ayam Tambatan Wan Azizah yang selama ini kerjanya dok mendedahkan penyelewengan Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu.

Terbaru, Si Chagubard yang juga merupakan pengasas NGO Pro PKR, SAMM telah membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu penukaran status tanah Paya Indah Wetland.

Dalam laporan tersebut, Si Chagubard tu juga turut mendedahkan secara terbuka proksi kepada Si Menteri Besar Selangor tu dalam isu penyelewengan status tanah berkenaan.

Dia mendakwa identiti proksi itu dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi 'Whatsapp' kepada semua Exco Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
"Whats App ini daripada telefon salah seorang exco kerajaan negeri Selangor. Whats App ini dihantar kepada semua exco yang dinyatakan permohonan tukar status tanah ini akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri.
"Siapa yang hantar (WhatsApp)? Namanya disimpan sebagai Zainol AMK Gombak dan tandatangan dalam (dokumen) WhatsApp itu adalah Zainol Abidin Mohamad Pengarah Projek Ketua AMK Gombak. Menteri Besar Selangor ialah Ketua PKR Gombak. 
"Surat-surat ini dihantar kepada penjawat-penjawat awam yang lain dan ini menjelaskan kenapa jabatan kerajaan dan empat menteri besar yang selama ini menolak (permohonan), tapi tiba-tiba menerima dan bersetuju.
"Ini satu pertembungan konflik kepentingan yang sangat serius," katanya sambil menunjukkan gambar lelaki yang didakwa proksi Azmin itu kepada media.
Ujarnya, Azmin mempengerusikan mesyuarat Rejim Pakatan Selangor dalam keadaan sedar dan mengetahui kewujudan proksi yang bertindak menggunakan namanya dalam syarikat pemaju.

Sama ada pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard ini benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, isu penyelewengan itu sudah pun diserahkan kepada pihak berkuasa.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu takut nak heret Si Chagubard ni ke mahkamah? Perkara itu kini menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Takkan Si Menteri Besar Selangor tu Kecut Buah Kerandut kot!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping