Heh! Dah tak pasal - pasal je nama Si Rafizi tu kena petik dan dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' dalam perebutan kuasa yang semakin kronik dikalangan pemimpin PKR tu pada ketika ini.
Nampak sangat yang Si Rafizi tu kini dah terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh kartel Azmin sehingga membuatkan ramai yang mula mempersoalkan integritinya secara terbuka.
Perkara itu dapat dilihat apabila pemimpin PKR itu dilihat hanya mendiamkan diri apabila isu berkaitan pemecatan keahlian Pengasas NGO Pro PKR, Si Chagubard tu dibangkitkan dalam media.
Salah seorang pemimpin PKR yang dihubungi oleh pihak media sebelum ini enggan mengulas secara lanjut mengenai perkara tersebut. Namun meminta mereka bertanya kepada Rafizi.
"Hal Chegubard kena tanya Rafizi. Semua hal surat-menyurat secara rasminya tugas Setiausaha Agung," katanya ringkas semasa dihubungi Antarapos, hari ini.
Pemimpin PKR itu juga enggan memberi respon apabila diajukan soalan mengenai dakwaan pemalsuan tandatangan Rafizi dalam surat pemecatan terhadap Si Chagubard tu baru-baru ini.
Terdahulu, Si Chagubard tu tampil membidas tindakan Rafizi dan melabelnya sebagai bacul ekoran mengambil pendekatan membisu meskipun mengetahui tandatangannya dipalsukan.
Kekeliruan berhubung status keanggotaan Chegubard di dalam parti bermula apabila Penyelaras NGO Pro PKR itu menerima surat pemecatan menerusi emel pada pagi 26 Ogos lalu.
Pemecatan itu dikaitkan dengan tindakan Chagubard yang giat mendedahkan dakwaan salah laku serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pentadbiran Rejim Pakatan Selangor.
Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor itu dipersalahkan kerana terlibat dengan kontroversi penukaran status tanah dikawasan Paya Indah Wetlands.
Apa yang jelas, tindakan mendiamkan diri yang dilakukan oleh Si Rafizi itu menambahkan lagi kecurigaan rakyat terhadap ketelusan PKR serta menimbulkan persepsi bahawa parti itu sedang dilanda krisis kepimpinan yang semakin kronik!!!
Fizi ingat dia bijak sangat ke...org lain pun bijak juga. Makin retak dah pkr nanti. Putrajaya makin jauhhh..
BalasPadamPas bukan rejim kerajaan selangor?exco pas tak ada dlm kerajaan selangor?pas patut bagi ipada PANkerana PAS bukatan ahli pakatan lagi..malu?
BalasPadam