Khamis, Ogos 04, 2016

Wow! Kira hebat betul la taktik kempen memburukkan orang lain yang dipraktikkan oleh Pakatan ni ye. Sampai ianya sama taraf dengan taktik yang digunakan oleh pihak Amerika. Hebat!!!

Kalau semalam, kecoh dalam laporan media antarabangsa mendedahkan mengenai gambar bogel isteri kepada calon bakal Presiden Amerika, Donald Trump yang mewakili parti Republikan.

Katanya, gambar bogel isteri Si Donald Trump tu sudah dua hari berturut - turut terpampang dan menjadi hiasan muka depan secara eksklusif dalam akhbar The New York Post.

Bagi sesetengah pihak, paparan yang dibuat oleh akhbar tersebut merupakan satu jenis kempen propaganda untuk memburukkan imej Donald Trump yang bertanding pada ketika ini.

Tapi tak kurang juga ada yang berpendapat, paparan gambar bogel itu merupakan satu taktik yang sengaja diatur oleh pihak Republikan untuk meraih Publisiti Murahan bagi calon mereka.

Walau apa pun alasannya, kalau dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan itu tetap memburukkan imej seseorang sama ada ianya demi kepentingan Politik Peribadi individu itu sendiri.

Sedangkan di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga isteri yang sanggup berposing 'Alim' sambil berdoa kononnya memohon pembebasan Si Suami yang didapati bersalah kerana Meliwat.

Tak kurang juga taktik buruk puak Pakatan memanipulasikan gambar isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang didakwa sedang 'Bermanja' dengan KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Persoalannya, sampai bila Politik Longkang seperti itu nak dijamukan kepada rakyat? Adakah parti yang terlibat tu ingat rakyat dunia hari ini Terlalu Bodoh untuk terperdaya dengan Politik sedemikian?

Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh mereka hanya merendahkan moral serta mentaliti masyarakat dan memberikan pandangan negatif terhadap dunia Politik itu sendiri. Bukannya diorang nak meningkatkan taraf pemikiran rakyat!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping