Ahad, Ogos 14, 2016

Ternyata, pendedahan hangat yang dibuat oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai bekas Bos dia sebelum ini sedikit sebanyak telah mencetuskan banyak tanda tanya.

Ramai yang mempersoalkan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam itu benar atau pun sebaliknya. Pendedahan mengenai punca dia lepas jawatan merupakan tajuk utama.

Antara lain, Tun Musa mendedahkan yang dia meletak jawatan kerana telah dituduh secara terbuka cuba nak menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatihir serta kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu.

Pengakuan itu dibuat menerusi buku terbarunya yang bertajuk 'Frankly Speaking' dengan menyatakan kekecewaan terhadap tuduhan yang telah dilemparkan terhadap dirinya selama ini.

Tun Musa turut menyatakan bahawa dia hanya mengetahui siapa individu yang didakwa oleh Tun Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu selepas bersemuka dengannya.
“Jawapan kejam beliau ialah ‘Awaklah’,” tulisnya dalam buku terbaharunya bertajuk “Frankly Speaking” yang dilancarkan Rabu lalu.
Tun Musa juga melahirkan rasa terkejut dengan tuduhan yang telah dilemparkan itu dan dia sedar bahawa dia tidak mampu untuk mengekalkan jawatan yang disandang dalam Kerajaan lagi.
“Saya buat keputusan untuk letak jawatan. Macam mana saya hendak kekal apabila beliau tidak lagi percaya saya? Bagaimana saya hendak jalankan tanggungjawab sebagai timbalannya apabila didakwa cuba ‘membunuh’ beliau dari segi politik?” soalnya.
Persoalannya, sejauh mana kebenaran yang didedahkan oleh Tun Musa itu? Adakah benar dia melepaskan jawatannya sebagai TPM hanya kerana dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya?

Dan persoalan yang paling utama, apa reaksi Tun Mahathir terhadap pendedahan yang dibuat oleh Bekas Timbalan Perdana Menterinya itu? Adakah dia hanya akan mendiamkan diri?

ATAU, adakah Bekas Perdana Menteri Malaysia itu akan mengambil tindakan undang - undang dan memfailkan saman terhadap pendedahan yang dibuat oleh Tun Musa terhadap dirinya?

Jika dilihat dari satu sudut, Bekas Perdana Menteri itu mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan sedemikian kerana pendedahan itu dibuat secara bertulis dan bercetak.

Maka sekiranya pendedahan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam itu adalah tidak benar dan ianya hanya merupakan fitnah semata - mata, kenapa tidak Bekas Perdana Menteri itu mengambil tindakan yang sewajarnya demi untuk menegakkan kebenaran???
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Wah ..bola ada di kaki Tun M dan Musa..kempunan Najib nak rasa tendang bola tu..

    BalasPadam
  2. Kira2 buku "Doctor in the house" faktanya 50% sahaja. Yang lain klentong Madey je.

    BalasPadam
  3. Ini bukan lagi soal benar atau tidak cerita berkenaan,kerana cerita ini bukan cerita baru ,bagi mereka yg 'lama', ianya sudah berlegar lama samasa kemlut itu berlaku.TS Sharil Samad tentu lebih mengetahui kerana beliau bersama TS Musa ketika itu.

    BalasPadam
  4. Semakin terbongkar la cerita lama dek krna tun yg suka buat bising.

    BalasPadam
  5. Tun....lama-lama tong la

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping