Jumaat, September 30, 2016

Dalam kenyataan medianya yang mutakhir, Pengasas NGO Pro PKR, Si Chagubard tu cuba mengingatkan rakyat betapa herotnya sikap dan pendirian politik pimpinan PKR pada ketika ini.

Dia mendakwa apabila Datuk Seri Shafie Apdal keluar UMNO kerana mengkritik isu 1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR menyambutnya bagai seorang wira. 
“Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah-belahkan parti,” katanya. 
Lantas Si Chagubard mempersoalkan, apakah bezanya PKR dengan UMNO dalam perkara ini? Bahkan kecenderungan meraikan Shafie sebenarnya merugikan, malah membawa bala kepada PKR sendiri.

Ia sekaligus mempamerkan betapa penilaian dan bacaan politik PKR dangkal. Mereka seolah-olah rabun akan natijah politik isu berkenaan kerana sibuk meraikan sesiapa sahaja yang memusuhi musuhnya iaitu UMNO.
“Antara hujahnya konon Shafie akan membawa lari orang-orang Umno keluar dan Umno khususnya di Sabah akan lumpuh.
“Minggu lepas Shafie mengumumkan menubuhkan parti, belum pun apa-apa lagi bukan orang Umno keluar parti tetapi ADUN PKR diculik Shafie,” kata Chegubard.
Si Chagubard tu juga turut membidas sikap pelik Presiden PKR yang memuji tindakan ADUN PKR itu sebagai ‘betul’ dan menyertai parti tempatan Sabah kononnya bagi menumpukan isu tempatan. 
“Ini secara tidak langsung mengiktiraf tindakan tersebut dan membayangkan Keadilan gagal bertindak sebagai parti Sabah. Terkini dalam masa terdekat beberapa lagi ADUN dan pimpinan PKR Sabah akan umum bersama parti Shafie dan dijangka PKR pula akan lumpuh di Sabah,” katanya.
Chagubard terkenal dengan aktiviti membongkar pelbagai skandal dan isu yang dianggapnya merugikan rakyat dan maklumat yang diperolehinya kali ini menunjukkan PKRlah yang terkesan sikap pimpinan tertingginya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Inilah akibat politik persepsi dn menabur fitnah. Habis kacau bilau.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping