Sabtu, September 03, 2016

Hehehe!!! Memang 'RARE' betul Si Husam ni rupanya. Patut la ada orang yang taksub dengan Si Husam ni sanggup melabelkan dia sebagai seorang pemimpin 'Anugerah' kepada PAS.

Tak pernah lagi kita dengar ada Tok Guru sanggup ikut Anak Murid. Yang biasa kita dengar, Anak Murid ikut jejak Tok Guru. Sebab Tok Guru tu yang beri kita tunjuk ajar, bukan sebaliknya.

Tapi, dunia Si Husam ni memang terbalik. Benda yang orang buat baik dia kutuk. Benda yang tak betul jugak yang dia nak ikut. Jadi, tak heran la bila Si Husam ni disindir oleh Nik Abduh.

Kata Nik Abduh, sewaktu Allahyarham bapanya (Nik Abdul Aziz) masih hidup, anak murid kepada bapanya itu sering ‘menjaja’ kononnya bapanya akan menuruti apa sahaja kata-katanya.
“Lepas tok guru meninggal pun, dia masih beritahu orang bahawa kalau masih hidup, tok guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru (Parti Amanah Negara).
“Nampaknya, sampai mati tok guru istiqamah ikut dia. Memang ‘rare’ murid tok guru ni sorang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas berbaur sindiran di Facebook beliau hari ini.
Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu dipercayai merujuk kepada tindakan yang dibuat oleh bekas pemimpin PAS, Husam Musa yang kini menyertai parti KUALI Mat Sabu baru - baru ini.

Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Husam cuba menjustifikasikan tindakannya itu menyamakan perjuangan PAN dengan perjuangan Nik Aziz bagi menghasut ahli PAS menyertai PAN.

Kata Husam, ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Nik Aziz perlu menyertai PAN kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.

PAN telah ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pemimpin PAS dengan diketuai Presidennya, Mohamad Sabu bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk kepada kehendak serta kemahuan DAPigs dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu akidah yang berkaitan dengan umat Islam.
Categories: , ,

9 ulasan:

  1. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.

    "Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb.

    Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.

    Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah.

    "Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)," katanya.

    Bagi Hadi, Pas langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam Musa ke dalam Amanah.

    Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

    “Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

    “(PAS Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

    Saya lebih rapat dengan Nik Aziz

    Bagaimanapun, lapor laman web milik Ikatan Siswazah Malaysia (Isma) itu,  Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyelar tindakan Husam yang menggunakan nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menganggap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

    “Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.

    Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

    “Saya lebih rapat dengan Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

    # Kih...kih......halau ahli pulak daah!
    Husam tu lari atau dibuang?

    Ayat 'saya lebih rapat dengan Tok Guru' ni macam ayat aku bergaduh dengan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu jer, kononnya berebut somebody yang dijadikan idolalah kononnya!

    Yang dia kata tadak masalah tu.......aku teringat yang Arwah TGNA minta PAS buat Muktamar Khas (tergempar) dulu sebab apa?
    Kalau tadak masalah takkan TGNA minta langsungkan Muktamar? Bukan sebab isu UG yang dikepalai siapa ek?

    BalasPadam
  2. PAS pun bisu pasal rompakan 1mdb..dah mesra najib bin umno..jho lo kongkek paris hilton guna duit rompakan 1mdb tak ada orang umno dan pas bising..melayu islam dah jadi bodoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat 4.42 ni sah PA Jho Lo..mungkin dia yg buat payment jho lo kongket paris hilton pakai duit 1MDB..otak taik reti menyalak aje mamat ni..dgr cite kedai kopi menyalak..puihh

      Padam
    2. Ini lembu jho lo..biarkan jho lo hidup mewah hasil rompakan 1mdb..cuci jubor jho lo..hadi pun tak berani saman SR fitnah terima wang haram najib

      Padam
  3. http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/09/hot-jejak-wang-1mdb-akaun-najib-didedah.html?m=1

    BalasPadam
  4. NAJIB, PM PALING LEKEH.....
    Sesiapa pun yang menjadi pemimpin, apabila ada dakwaan secara langsung ditujukan kepada mereka, biasanya pemimpin berkenaanlah yang akan tampil memberi penjelasan berkaitan apa yang didakwa itu.
    Ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, semua dakwaan terhadap dirinya sentiasa dijawab olehnya dengan logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan.
    Sama ada ketika berkrisis dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim atau semasa menyerang Najib Razak, semua isu berkaitan dirinya yang dipersoalkan akan dijawab sendiri oleh Tun Mahathir. 
    Kekuatan Tun Mahathir, selain logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan, bahasa yang digunakannya juga ringkas dan senang difahami.
    Tidak pernah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau mewakilkan kepada pegawai khas, setiausaha akhbar atau mana-mana pegawainya untuk menjawab sebarang dakwaan yang dikaitkan langsung terhadap dirinya.
    Tun Mahathir sentiasa ada keberanian untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditujukan kepafa dirinya. Beliau tidak lari, tidak berselindung dan tidak juga menyembunyikan dirinya.
    Malah, di sebalik Tun Abdullah Badawi yang dikatakan lemah dan selalu tidur, ketika era kepimpinannya sedang dipertikai dahulu, beliau juga punya keberanian untuk tampil menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan khusus tentang dirinya.

    Tiada ruang untuk setiausaha akhbar, pegawai khas dan  lain-lain pegawai-pegawai Tun Mahathir atau Tun Abdullah untuk tampil menjawab bagi pihak diri mereka.
    Tetapi, di era kepimpinan Najib yang kononnya hebat dan penuh gaya ini, tanggungjawab moral itu sudah tiada lagi. Banyak persoalan yang ditujukan khusus kepada Najib, hanya dijawab dengan diam dan bisu tanpa kata-kata oleh yang empunya tubuh, sebaliknya sang setiausaha akhbar pula yang kerap tampil menjawab bagi pihak dirinya.
    Perkara itu pula sudah banyak kali berlaku yang seolah-olah memperlihatkan Najib tidak ada berani untuk mempertontonkan air muka penuh tulus serta sinar keyakinan wajahnya kepada umum. 
    Yang memualkan lagi, tidak  saja menjawab, sang setiausaha akhbar itu juga turut melontarkan bidasan atau serangan peribadi kepada mereka yang menyerang "bossnya"  itu seolah-olah beliau juga ahli politik yang sudah beberapa penggal menang pilihanraya.
    Jika setiausaha akhbar itu tampil menjelaskan mengenai perkara yang melibatkan kerajaan atau hal-hal umum berkaitan Najib, mungkin ia boleh diterima, tetapi tentulah tidak masuk akal apabila beliau juga yang ke depan memberi jawapan apabila Muhyiddin Yassin menuduh Perdana Menteri mempunyai wang RM1,000 juta sebelum masuknya RM2,600 juta sebelum itu.

    Begitu juga apabila Jabatan Kehakiman AS mendakwa wang yang masuk ke akaun peribadi adalah berpunca daripada 1MDB dan bukan derma sesiapa, yang tahu hakikat sebenarnya perkara itu ialah Najib. Oleh itu, Najib tidak seharusnya diam atau setiausaha akhbarnya membangkitkan cerita lama kononnya tiada perlanggaran undang-undang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

    Apa yang seorang setiausaha akhbar tahu mengenai kebenaran wang yang ada dalam akaun bank peribadi Najib?

    Beliau hanya makan gaji dengan Perdana Menteri dan sudah tentu akan melakukan kerja berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Najib saja. Lebih daripada itu, beliau tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk berani bertanya mengenai wang yang dimiliki Najib.
    Dengan sudah beberapa kali Najib seolah-olah mewakilkan kepada setiausaha akhbarnya memberikan jawapan, ia bukan saja menyerlahkan lagi lekehnya Najib sebagai Perdana Menteri, bahkan kadang-kadang membuatkan beliau tidak dirasakan benar-benar dekat dengan rakyat.

    Apatah lagi dengan adanya pelbagi saluran media baru sekarang, penampilan dan keberanian memberikan jawapan itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana saja. Yang perlu hanya cuma keberanian.
    Disebabkan lekehnya Najib itulah kita sebenarnya semakin memerlukan seorang Perdana Menteri yang baru menerajui kita. (SH 03/09/2016).
    Shahbudin Husin at 13:03

    BalasPadam
  5. Alah...husam tu sejak dulu nak cari nama. Bnyk projeknya gagal. Bila tak de jwatan barulah tuduh pas semua tak kena. Patut pun kena pecat. Yg bodoh dn nak cari nama blh la ikut dia.

    BalasPadam
  6. Tajuk husam+pas+pan tp nak jg masuk tajuk 1mdb..tak pernah nak bincang ikut tajuk patut la apa yg org ckp akan jd lain fahamnya..

    BalasPadam
  7. HUSE GHOYAT LAGU TU SEBAB SELAMA NI DIA DOK TUNGGANG TGNA KEMANA SAJA,WAIMA MASOK KETIK SIAM PUN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping