Ahad, September 04, 2016

Heh! Kekadang bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Wan Azizah ni kesian pun ada, kelakar pun ada juga. Nampak sangat yang Si Wan Azizah ni memang tak boleh diharap lansung.

Patut la ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu yang dalam diam - diam melabelkan dia sebagai pemimpin 'Tunggul Kayu' kerana kelemahan dirinya. Memang 'Tunggul Kayu' pun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Wan Azizah tu mendakwa kononnya Si Ketua Penipu tu lebih risau tentang keadaan Politik di Malaysia berbanding hal ehwal keluarga.

Kata Wan Azizah, Si Ketua Penipu tu akan bertanya dengan lebih mendalam dan secara terperinci mengenai isu perkembangan Politik semasa setiap kali dia pergi membuat lawatan. 
"Kadang kala terasa sedih juga, apabila beliau lebih bertanya tentang perjuangan kita, parti dan pakatan kita daripada bertanya hal keluarga.
"Saya terima hakikat saya hanya isteri Anwar, tapi dia milik semua rakyat Malaysia," katanya pada siri jelajah 'membongkar kontroversi 1MDB' anjuran PKR di Sabak Bernam, Selangor, malam tadi.
Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Wan Azizah tu cuba untuk menagih sokongan Politik Murahan dari kalangan rakyat melalui kenyataan tersebut. Tapi malangnya, ia tidak berjaya.

Hakikatnya, Si Ketua Penipu bukannya risau pasal keadaan Politik Malaysia pada ketika ini. Tapi sebaliknya, Si Ketua Penipu tu takut rakyat secara umum akan melupakan tentang dirinya.

Nak pulak apabila pemimpin dikalangan puak Pakatan, termasuk dari PKR sendiri mula taksub dengan gerakan yang dikepalai oleh Tun Mahathir. Makin bertambah takut la Si Ketua Penipu tu.

Realitinya, Si Ketua Penipu masih lagi menyimpan dendam kesumat terhadap Tun Mahathir yang telah memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 18 tahun yang lalu.

Maka, untuk dia melihat kepimpinan Pakatan Haprak tu kini semakin sarat dibayangi oleh Tun Mahathir, sudah pasti ia membuatkan Si Ketua Penipu tu berada dalam keadaan yang 'Tak Selesa'.

Itu yang sebenarnya. Jadi, tak payah la Si Wan Azizah tu nak menjaja cerita sedih kononnya Si Ketua Penipu risau pasal Politik di Malaysia. Cukup la takat dia je jadi 'Tunggul Kayu'. Jangan dia ingat semua rakyat Malaysia ni pun 'Tunggul Kayu' macam dia juga!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping