Ahad, September 04, 2016

Nurul? Nurul? Nurul mana pulak ni Rafizi oi!!! Datang mana pulak Nurul ni? Dah terjerat dalam perangkap kartel Azmin, macam - macam pulak alasan yang diberikan oleh Si Rafizi ni ye.

Dah berhari - hari dah orang mempertikaikan sikap berdiam diri yang dilakukan oleh Si Rafizi tu sejak isu tandatangan surat palsu terhadap pemecatan Si Chagubard tu dibangkitkan.

Tiba - tiba hari ini, Si Rafizi tu tampil memeranjatkan semua orang dengan dakwaan kononnya surat itu dikeluarkan oleh "Nurul" tanpa pengetahuan dia selaku Setiausaha Agung parti.

Rafizi menerusi aplikasi whatsapp dengan "Nurul" mendakwa, dia tidak tahu menahu Jawatankuasa Disiplin parti itu telah membuat keputusan memecat keahlian Si Chagubard tu.

Mesej melalui aplikasi itu mendedahkan, Rafizi mempersoalkan kenapa ibu pejabat mengeluarkan surat pemecatan terhadap Si Chagubard tanpa sebarang pengetahuan dan arahannya.
“Bukan itu sahaja, setakat yang saya tahu, saya belum dilaporkan surat pemecatan Chegubard telah dikembalikan sepenuhnya. Jadi, saya ingat belum cukuplah walaupun majoriti mudah.
“Lalu saya tanya Nurul kenapa dia buat begitu. Kata Nurul, itu arahan terus dari Presiden (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) supaya mengeluarkan surat atas nama Setiausaha Agung (Rafizi) memecat Chegubard secepat mungkin selepas Biro Politik bermesyuarat Selasa lepas,” kata Rafizi.
Persoalannya sekarang, siapa "Nurul" yang dimaksudkan? Adakah Si Rafizi tu cuba nak menunding jari dan melibatkan "Nurul Izzah" dalam jerat yang sedang dihadapinya pada ketika ini?

Rafizi dilaporkan mendakwa, dia dah hantar mesej kepada Wan Azizah memohon pengesahan. Bagaimanapun sehingga hari ini, Wan Azizah tidak menjawab pertanyaan tersebut.
“Ini bermakna kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh bahawa Chegubard belum dipecat kerana belum dapat Resolusi Pekeliling yang penuh, itu betul.
“Lalu menyebabkan saya pula yang diserang bertalu-talu di Facebook dan lain-lain. Perlukah saya menerangkan kepada media mengenai perkara ini kerana saya dikejar media tanpa henti?” ujar Rafizi.
Kalau dilihat dari pendedahan yang dibuat, selain "Nurul" yang disebut, Si Rafizi tu seolah - olah cuba nak mengheret nama Wan Azizah untuk turut terjebak dalam isu yang sedang dibangkitkan.

Dalam erti kata lainnya, tindakan Si Rafizi tu memetik nama "Nurul" dari langit dan mengheret Wan Azizah membuktikan yang dia sedang tersepit. Maka sebab itu dia mencipta alasan dengan mempergunakan nama orang lain untuk melepaskan diri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. TAKSAH DOK AMIK PEDULI LAA WEH!IKUT DIO LAA NOK BUAT GUANO PUNG,PARTI DIA.KITA DOKKALUT BAKPO GAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok canang parti yg pejuang keadilan...tapi bapak penipu tu yg kena amik peduli jugak weh

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping