Jumaat, Oktober 07, 2016

Azmin Ali didakwa GAGAL membuktikan yang dia mampu menggalas tanggungjawab Menteri Besar Selangor, selepas dua tahun menjawat jawatan itu, tegas ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

Sulaiman berkata Azmin GAGAL memperkenalkan idea-idea baru untuk merancakkan pembangunan ekonomi rakyat Negeri Selangor, sebaliknya hanya meneruskan apa yang 'ditinggalkan' Khalid Ibrahim.
"Azmin rapuh dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tidak ada pengalaman menguruskan negeri. (Berbanding) Khalid yang ada pengalaman dalam bidang korporat. 
"Dengan tadbir urus yang rigid walaupun ramai orang marah, kedekut, tidak mahu berbelanja, (suka) perbanyakkan dana, berhemah, memang orang tidak suka tetapi terbukti ia cara yang betul.
"Dua tahun ini (sebagai MB) Azmin hanya melangsungkan agenda Khalid yang lebih jauh lebih hebat daripadanya. Khalid boleh selesaikan industri air secara menyeluruh, Azmin hendak uruskan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) pun tak dapat lagi," katanya menyelar kegagalan Azmin memuktamadkan tawaran pengambilalihan pemegang konsesi air tersebut.
Namun, bukan sahaja isu air yang membelenggu kehidupan rakyat Selangor GAGAL ditangani. Malah pelbagai isu berkaitan dengan kebajikan dan sosial rakyat juga semakin menghimpit.

Sulaiman kemudiannya juga turut menyelar sikap bongkak Azmin yang mencanang kejayaan mengumpul rizab negeri, namun GAGAL dikembalikan semula untuk kemudahan rakyat.
"Selangor megah dengan dana yang banyak, duit banyak. Rizab mencecah RM4 bilion tetapi soalnya dimana rakyat nak menikmati rizab itu? Dasar yang paling jelas gagal dilaksanakan Khalid dan Azmin adalah keperluan khusus untuk orang Melayu dan masyarakat luar bandar berkaitan pembangunan luar bandar.
"Mengenai denggi, ia dah jadi wabak. Sudah lebih 170 orang meninggal. Kemudian masalah sosial yang teruk, premis judi, rumah urut, spa dan kegiatan pelacuran berkaitan dengan hotel bajet," ujarnya lagi.
Umum tahu akan kontroversi yang hangat melanda pentadbiran Azmin sejak kebelakangan ini, termasuk perlantikan kroni - kroninya sebagai Ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, pembaziran projek gantian kubah Masjid Negeri dan pintu gerbang Kota Darul Ehsan, serta terbaru skandal berkaitan dengan pertukaran status tanah di Paya Indah Wetlands.

ADUN Bukit Antarabangsa itu diserang hebat oleh pelbagai pihak, termasuk kepimpinan diperingkat parti PKR yang seolah - olah tidak bersetuju dengan cara Azmin mentadbir dan memerintah.

Sebaliknya, mereka mendakwa Si Menteri Besar Selangor tu lebih sibuk berkempen dan berpolitik untuk dirinya sendiri bagi merampas jawatan Presiden PKR melalui kartel - kartelnya dan sekaligus melobi dirinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Dulu Hj Hadi kata, " Saudara-saudara sekalian percayalah... kita menentang bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN... Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah... mengekalkan peraturan kafir... mengekalkan peratuan jahiliah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka... oleh kerana itulah kita bejuang menentang mereka...

     Tapi kali ini Hj Hadi dah banyak berubah. Kali ini Hj Hadi boleh kata, " Kalau kita berperang dengan Umno, orang bukan Islam akan perintah negeri ini..."


    "Memang kita nak baik dengan Umno. Kalau tak baik macam mana nak Umno undi kita.Kena baik dengan dialah, " Kata Hj Hadi

    BalasPadam
  2. Dulu suasana politik 80-an tak sama mcm sekarang. Perubahan pendekatan mesti berlaku. Klu tak, bnyk kepentingan Melayu Islam akan terabai.

    BalasPadam
  3. Berjuang kena lah keadaan semasa....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping