Wisma Putra mengesahkan satu-satunya rakyat Malaysia di atas kapal Zaytouna-Oliva ke Gaza, Dr Fauziah Mohd Hassan, yang ditahan pihak berkuasa Israel Rabu lepas, selamat dan telah dibebaskan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata atas permintaannya, Dr Fauziah, 59, akan menaiki penerbangan dari Tel Aviv, ke Bangkok.
"Kementerian Luar mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melahirkan rasa bimbang dan sokongan mereka dalam perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.
Seramai 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah dan tiga anak kapal, yang dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza dalam misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), ditahan pada 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.
Aktivis kemanusian Malaysia, Dr Fauziah Hasan tetap berada di dalam keadaan gembira dan ceria setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini selepas dibebaskan oleh rejim Israel.
Ketibaan aktivis misi Women Boat's to Gaza (WBG) di Bangkok dari Tel Aviv, Israel itu disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Thailand dan suaminya, Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali yang baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur.
"Beliau (Dr Fauziah) berada dalam keadaan gembira," kata seorang pegawai kedutaan kepada Bernama selepas menyambut wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu, Jumaat.
Dr Fauziah menurut pegawai kedutaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan meninggalkan ruangan transit di lapangan terbang itu sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur.
Beliau tiba di Bangkok pada 2 petang (waktu Thai) menerusi penerbangan Thai Airways TG4594 dari Tel Aviv dan akan pulang ke Malaysia menerusi penerbangan TG417 pada 4 petang (waktu Thai).
Israel memang takut Kat Melayu sebab Melayu boleh mengamok.
BalasPadamMelayu kalu mengamok...keta polis pun diterjah....
BalasPadamYe sbb melayu pon boleh makan melayu sendiri lagi kan israel hahaha tuh israel tkot
BalasPadam