Jumaat, Oktober 28, 2016

Nampah gayanya, ketidak-puasan hati dikalangan puak PAS terhadap mereka yang menentang cadangan untuk meminda Ran Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) semakin menjadi - jadi sehingga tahap ada yang meroyan.

Selepas Presiden PAS sebelum ini menggunakan gelaran "Keldai dan Anjing Gila", kini tiba giliran Ahli Parlimen itu pulak menggelar pihak yang mengkritik usul pindaan Akta 355 sebagai 'membohongi dan memperbodohkan diri sendiri'.

Si Ahli Parlimen Temerloh tu dalam satu kenyataan semalam mendakwa, pihak yang menentang cadangan meminda Rang Undang - Undang tersebut hanya sekadar mahu mencari Populariti Murahan dan mencapai rating melalui Facebook.
“Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di Facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.
“Bagi mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan,” kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika menganggap pihak yang mempersoalkan RUU 355 itu cuba membohongi dan memperbodohkan diri sendiri, Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa PAS membudayakan politik matang bercirikan politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar.
“Maka Pas bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.
“Pas menerang tidak menghukum. Pas berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. Kita pendakwah bukan qadhi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam,” ujarnya ketika giliran pembentangan RUU 355 semakin tertolak ke bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.
Ahli Parlimen Temerloha itu juga turut berkata, pihaknya tanpa bosan akan menjelaskan tentang dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit sekitar usaha meminda RUU 355 serta bersedia menemui mana-mana pihak yang ingin mencari kebenaran.

Penentangan terhadap cadangan pindaan RUU 355 itu menjadi isu kontroversi apabila puak DAPigs mula menjaja cerita kononnya ianya merupakan satu langkah yang direncanakan oleh PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

Dakwaan dan spekulasi yang dicetuskan oleh puak DAPigs itu kemudiannya turut menjadi bahan modal Politik Longkang PAN yang telah melabelkan PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka yang perlu diperangi secara habis - habisan.

Dengan wujudnya dakwaan serta spekulasi dari DAPigs dan PAN ini yang membuatkan rakyat semakin keliru serta memandang skeptikal terhadap cadangan pindaan RUU 355 tersebut. Terutama sekali dikalangan rakyat yang Bukan Islam. Pokok pangkalnya, DAPigs berusaha nak membuatkan rakyat Bukan Islam ni membenci PAS!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bila nak martabatkan sesuatu yg berhubung dgn Islam ada ada saja halangannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping