Jumaat, Oktober 07, 2016

Hehehe!!! Dalam sekelip mata, tetiba semakin famous pulak nama awek yang berniaga Nasi Lemak Dara ni. Tak pasal - pasal je dia menjadi perhatian orang ramai sampai ada yang buat gosip.

Semuanya bermula apabila Si Menteri Besar Selangor tu buat 'Kunjung Hormat' ke gerai awek Nasi Lemak Dara ni berniaga di Shah Alam dengan alasan kononnya nak beri 'Sokongan Moral'.

Soal dia nak sokong orang muda berniaga tu takde masalah. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu hanya turun buat kunjung hormat kepada awek tu je?

Walhal, ramai lagi peniaga lain menghadapi masalah yang sama dengan awek jual Nasi Lemak tu. Diorang pun tidak memiliki lesen untuk berniaga dari Majlis Perbandaran Shah Alam juga

Malah dikalangan pengguna laman media sosial juga turut mempersoalkan, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu lebih mendahulukan awek jual Nasi Lemak tu berbanding isu air di Semenyih?

Bagi pandangan mereka, tindakan yang dilakukan tu hanya sekadar taktik 'Wayang Politik Retorik' yang sengaja dimainkan untuk menumpang populariti awek jual Nasi Lemak tu sahaja.

Dan apa yang lebih menarik, 'Wayang Politik Longkang' Si Menteri Besar Selangor tu didedahkan dalam satu temubual khas bersama pihak media dengan awek yang jual nasi lemak tu.

Kata awek yang jual Nasi Lemak tu, dia agak keberatan nak berjumpa dengan Si Menteri Besar Selangor tu memandangkan dia sedang sibuk bekerja memenuhi tempahan yang telah dibuat.
“Tidak mahu turun [jumpa Azmin] sebenarnya sebab masa itu ada tempahan untuk masjid. Masa itu pun [saya] tidur sejam saja. Beliau datang sekejap tetapi tunggu yang lama.

“Mereka suruh datang ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebab menteri besar hendak turun sana. Saya kata tidak boleh, masa itu banyak tempahan. Masa itu lebih 300 bungkus. Masa itu memang duduk di dapur saja. Saya kata tidak boleh, sibuk. Mereka kata sekejap saja, menteri besar hendak jumpa,” katanya. - (Baca sini)
Nah! Tidakkah itu membuktikan yang Si Menteri Besar Selangor tu terlampau 'Terdesak' nak tumpang populariti orang lain demi untuk mendapatkan publisiti murahan yang bertaraf Longkang?

Namun hakikatnya, perkara tu bukan pertama kali dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Dah banyak kali dah dia ulang taktik Wayang Politik Longkang dia tu secara terang - terangan.

Sebelum ni, dia pernah terjun longkang bagi mendapatkan sokongan rakyat sebab dia baru merampas kuasa untuk menjadi Menteri Besar. Kemudian dia pernah wayang tolong akak basuh kain sambil mendakwa akak tu 'Menangis' sebab tengok dia sanggup cuci kain!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Harap2 lepas ni ada produser nak ambil anak dara tu berlakun dlm drama/filem pulak...

    BalasPadam
  2. Jgn risau ALLAH nampak samada dia ikhlas atau tidak. Niat dia pun Allah tahu...xlama lagi...lingkuple dia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping