Selasa, Oktober 18, 2016

Tindakan yang dilakukan oleh Husam Musa yang kerap kali menjaja nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen Politik parti PAN dianggap adalah tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas setiausaha akhbar kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sewaktu menjawab ceramah Husam yang berkata Allahyarham Nik Aziz berpesan ahli PAS harus menyertai perhimpunan Bershit 5.

Gabungan NGO Bershit dijadualkan akan mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan sebagai Bershit 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan. Bagaimana pun PAS mengumumkan pendirian mereka untuk tidak perhimpunan tersebut kali ini.
“Saya minta Datuk Husam berhenti menggunakan nama tok guru (Nik Aziz. “Beliau pun tahu bahawa hubungan beliau tidaklah rapat dengan tok guru sehingga ke akhir hayat khususnya selepas PRU-13 dan saya minta beliau tidak menipu diri sendiri," katanya kepada pihak media.
Husam sebelum ini memberikan gambaran seolah - olah dia merupakan anak didik kepada Nik Aziz. Malah, Husam juga sering kali mendakwa bahawa Allahyarham Nik Aziz akan mengikut jejaknya dan menyertai PAN sekiranya masih hidup.

Namun apa yang jelas, tindakan Si Husam itu jelas dianggap sebagai satu penghinaan terhadap bekas Mursyidul Am PAS itu. Bahkan ianya juga membuktikan yang Husam sedikit pun tidak menghormati Allahyarham kerana sering mempergunakan namanya.

Sebelum ini, ahli keluarga Allahyarham Nik Aziz sudah beberapa memberi amaran dan meminta agar Husam tidak mempergunakan nama tokoh PAS itu dalam kempen politik parti Ternakan DAPigs itu kerana beliau sudah meninggal dunia.
“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya untuk berkempen. Saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” kata Nik Din Nik Mat.
Husam yang sering kali tampil diatas pentas ceramah PAN dengan menjaja nama Allahyarham Nik Aziz sebagai modal Politik Longkang secara tidak lansung menonjolkan kelemahan dirinya yang sudah semakin hilang kredibiliti selaku seorang pemimpin.

Dalam erti kata lainnya dapat disimpulkan bahawa tindakan Si Husam itu menunjukkan yang dia sudah ketandusan modal Politik sehingga membuatkan dia menjadi terlalu terdesak mahu mendapat sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat, khususnya dari kalangan ahli PAS dengan menjaja nama Allahyarham Nik Aziz!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping