Selasa, Oktober 18, 2016

Nampak gayanya keangkuhan dan rasa besar diri Si Menteri Besar Selangor ni dah mencapai satu tahap yang membuatkan ramai pihak meluat dengannya. Punya la sombong sampai tahap sanggup dia nak bercerai dengan PAS.

Dalam satu program dengan PAN, baru - baru ini, Si Menteri Besar Selangor tu mengucapkan tahniah kepada parti tersebut kerana berjaya bertapak menjadi sebuah parti politik sebagai politik matang di negara ini walaupun usianya baru menjangkau setahun.
“Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.
“Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN,”kata Azmin dalam program Ceramah Mega Setahun Amanah di Shah Alam semalam anjuran PAN dengan kerjasama PKR, PPBM dan DAP.
Turut hadir dalam program anjuran PAN itu ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa DAPigs Selangor, Ronnie Liu dan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor turut berkata beliau bersedia menolak sesiapa sahaja yang dilihat berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dilabelkan sebagai 'Bapak Perompak Negara'.
“Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.
“Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara. Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,”katanya lagi.
Kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor itu boleh juga dianggap sebagai satu sindiran dan merupakan kenyataan paling keras setelah lama berdiam diri di mana sebelum ini memperlihatkan dirinya sebagai pro kepada PAS.

Jika sebelum ini, DAPigs dan PAN sudah banyak kali tampil membuat desakan agar Si Menteri Besar tu memutuskan hubungan sebarang kerjasama Politik dengan PAS serta mengenepikan parti itu dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.

Namun Si Menteri Besar Selangor itu masih dilihat enggan berganjak dari keputusannya untuk meneruskan kerjasama Politik dengan PAS bagi menjamin kedudukannya serta tidak mempedulikan desakan yang dibuat oleh DAPigs dan PAN.

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri bagi mengekalkan jawatannya dan sekaligus membuktikan yang dia sanggup menjadi seorang pemimpin Munafik serta tidak boleh dipercayai!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Tanpa Pas belum tentu Azmin boleh menang pilihan raya akn datang.

    BalasPadam
  2. Jilat sana jilat sini, itu kepakaran Min.

    BalasPadam
  3. PAS dipergunakan oleh DAP. La ni PAS dipergunakan oleh Azmin. Dah dapat rotan akar tak berguna lagi. Habis manis sepah dibuang. Sebabnya, PAS tak ada pendirian yg tegas. Kembalilah kepada Islam wahai PAS. Tinggalkan mereka yg kafir harbi dan munafikun tu.

    BalasPadam
  4. wah....macam la selama ini dia mendokong perjuangan umno. urrweeeekkkkkk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping