Khamis, Oktober 27, 2016

Nampak gayanya, keGAGALan Si Menteri Besar Selangor tu menguruskan masalah bekalan air yang semakin hari semakin bertambah kronik di negeri itu telah mendapat kritikan dan cemuhan dari pelbagai pihak ke atas tindakan yang dilakukannya.

Si Menteri Besar Selangor disarankan agar tidak menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung isu pencemaran air di Selangor sebaliknya perlu segera menyelesaikan masalah yang menjejaskan hampir 1.8 juta pengguna dinegeri itu.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga turut berkata adalah merupakan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih dan ianya perlu diutamakan berbanding isu-isu lain. 
"Buat masa ini tidak payahlah bergaduh soal siapa yang buat siapa yang tidak, yang paling penting menentukan pengurusan yang rapi supaya ini tidak berlaku. 
"Kedua, yang berlaku apa yang berlaku ini perlu cepat diselesaikan supaya masyarakat dapat air yang bersih," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, pagi ini.
Khalid berkata demikian mengulas sewaktu membuat ulasan mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini dengan mendakwa kononnya isu pencemaran air di Selangor disebabkan sabotaj oleh pihak tertentu.
"Kalau sibuk tentang tuduhan sabotaj tidak guna, yang penting tumpukan usaha supaya dapat menyelesaikan masalah air," ujar Khalid lagi.
Pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih sebelum ini telah memaksa Loji Rawatan Air (LRA) ditutup, sekaligus menjejaskan empat kawasan daerah berhampiran iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Terdahulu, pelbagai pihak tampil membuat desakan agar Si Menteri Besar Selangor itu melepaskan jawatan yang disandangnya kerana masih GAGAL untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda rakyat di Negeri itu pada ketika ini.

Minggu lalu, Azmin mendakwa pencemaran air di Sungai Semenyih disebabkan perbuatan sabotaj pihak tertentu untuk menunjukkan Rejim Pakatan Selangor tidak cekap dalam menguruskan bekalan air bersih kepada rakyat, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semakin hampir.

Namun dakwaan dan tuduhan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu malangnya tidak dinyatakan dengan bukti yang kukuh. Sebaliknya, ia hanya direkayaksa bagi menutup kelemahan dan kemaluan Si Menteri Besar Selangor tu sendiri demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. BOLIH LETAK JAWATAN KE? JAWATAN MB NI MACAM KENA GAM. KENA CONGKIL BARU BOLIH CABUT.

    BalasPadam
  2. kalau kita bangang jgn tunjukkan yg kita bangang sebaliknya tuduh org lain yg sabotaj itulah taraf ahli politik msia..

    BalasPadam
  3. Yg sebenar brkalan air bersih tak cukup. Tu yg kena konon nyr kena tutup sbb tercemar. Kesian rakyat sbbkan politik bodoh sombong pakatan haram.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping