"Pathetic!!!" Itu herdikan yang diluahkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang didakwa tidak cekap dan tidak bertindak pantas menguruskan isu di Loji Semenyih.
Tapi Si Menteri Besar Selangor tu sendiri tak sedar bahawa herdikan yang diluahkan itu hanya terkena pada batang hdiung dia sendiri apabila dia mendakwa punca pencemaran itu sudah dikesan sejak dari awal.
Secara logiknya, apa guna pihak Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Menteri Besar tu buat sekiranya punca pencemaran itu sudah dikesan lebih awal? Takkan diorang duduk goyang kaki je?
Apa guna adanya Majlis Perbadaran Kajang? Apa guna adanya Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah? Takkan diorang semua hanya sekadar pandai makan gaji buta tanpa mengambil sebarang tindakan?
Apa gunanya Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) yang dibawah kuasa Rejim Pakatan Selangor? Takkan diorang tak boleh ambik tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab?
Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar memakan diri apabila dia kata pihak Air Selangor dan LUAS sudah membuat pemantauan sejak 2 minggu yang lalu.
“Pasukan pemantauan sungai Air Selangor dan LUAS menjalankan rondaan dan pemantauan 24 jam semenjak 2 minggu lalu. Di mana JAS?” tambahnya.
Kalau dah dua minggu buat pemantauan, kenapa pihak Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Menteri Besar tu tak ambik tindakan dan sebaliknya hanya menyalahkan pihak JAS?
Kalau Si Menteri Besar Selangor tu dakwa tindakan JAS yang tiba 10 jam lewat itu sebagai 'Menyedihkan', maka tindakan pihak Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan dia tu lebih jauh dari menyedihkan.
Ada kuasa pun tak reti nak guna. Malah takde sebarang tindakan pun yang diambil bagi menangani masalah tersebut. Setakat pandai menyalahkan orang lain apa faedahnya? Lebih baik Si Menteri Besar Selangor tu ambik tindakan dari dok sibuk Menyalak dalam media!!!
MB ni kata dia akan bantu kalau ada anak dara mintak tolong..glamour la sikit..
BalasPadam