Jumaat, Oktober 07, 2016

Dikala Mantan Timbalan Perdana Menteri tu sedang 'Ghairah' cuba nak memujuk PAS supaya mereka bentang karpet merah untuk parti barunya, lain pulak yang disahut oleh Ketua Pemuda PAS ni.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini seolah - olah memberi peringatan kepada PPBM bahawa keutamaan parti itu bukan untuk kepentingan orang lain.

Kata Nik Abduh, mereka yang mahu menggunakan PAS untuk kepentingan politik peribadi tidak akan berjaya dan semua pihak perlu menghormati parti itu sebagai pilihan kedua rakyat Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden PPBM itu menawar dirinya untuk menjadi Orang Tengah bagi merapatkan kembali menghubungkan PAS dengan parti-parti pembangkang lain.
"PAS sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya. PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.," kata Nik Abduh dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Ujarnya, mereka yang berusaha nak mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dulu yang menyeru PAS mengubah dasar perjuangan parti itu.
"Di Malaysia, selepas Umno, PAS lah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya. InsyaAllah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini," tambah beliau.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh itu jelas menunjukkan bahawa PAS hari ini tidak akan tunduk kepada orang lain demi menjaga dasar perjuangan partinya.

Dan perkara itu perlu disedari oleh Muhyiddin Yassin sebelum dia bercadang nak menjadi 'Orang Tengah' kepada Pakatan yang sebelum ini acap kali menuduh PAS sebagai Pengkhianat.

Jadi, kalau Muhyiddin rasa dia nak bekerjasama dengan PAS, dia kena tunduk pada kehendak PAS dan mengikut dasar perjuangan parti tu. Jangan pulak dia nak berlagak macam 'Abang Besar' dan mendesak PAS tunduk kepada kemahuan dia pulak!!!
Categories: ,

13 ulasan:

  1. Kalau dulu ayahnda Nik Abduh merupakan penyokong tegar utk Pas berkerjasam dgn parti pembangkang lain tak kira siapa.sekarang Nik Abduh membawa perwatakan yg berbeza,lebih tegas utk membena kekuatan Pas yg tulin dgn pendirian yg lebih Islamik.

    BalasPadam
  2. Tahniah kpd NA...Jangan bagi muka pd spesis yg pentingkan diri sendiri...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, ketegasan seorg pemimpin lslam sebenar, tidak tunduk kpd si kafir DAPig semata2 utk kepetingan politik... Agama dan persaudaraan lslam adalah lebih penting..

    BalasPadam
  4. tak pernah sangka NA sebodoh ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau NA kamu kata bodoh,kamu lagi bangang,otak letak bawah tapak kaki...spesis munafik. Lebih baik jilat kafir drpd sokong melayu Islam...kafir yg akn baca talkin utk kamu bila kamu mampus nnti.

      Padam
    2. Assalamualaikum saudara Tanpa Nama kalau saudara berani buat apa sorok nama awak tu bukan lah gentle man sangat macam pondan.....minta maaf iya kalau salah dan silap kata kata aku iya....

      Padam
  5. Syabas Nik Abduh...

    BalasPadam
  6. Baru nampak Nik Abduh ada belang seorang pemimpin.Berbeza dgn arwah bapanya.

    BalasPadam
  7. Nik aduh keba gigit.

    BalasPadam
  8. Alhamdullilah..teruskan perjuangan mu NA demi Agama Bangsa Dan Negara!!!

    BalasPadam
  9. Alhamdullilah..teruskan perjuangan mu NA demi Agama Bangsa Dan Negara!!!

    BalasPadam
  10. Syabas Nik Abduh jangan bagi muka kepada geng munafik,jangan bagi undi walaupun satu pada parti bersatu mahathir muhiddin dan mukhriz (3M)CAMPUR LAGI M jadi MUNAFIK.Terang lagi nyata DAP anti ISLAM masih lagi ada parti melayu nak bergabung,INSAFLAH wahai orang2 ISLAM.ALHAMDULILLAH KALAU PAS DAN UMNO BOLIH BERSATU.

    BalasPadam
  11. Yes...macam tu baru betul

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping