Isnin, Oktober 10, 2016

Alahai!!! Memang "bertanggungjawab" sungguh Ahli Parlimen Lembah Pantai ni rupanya ye sampai tahap tak dapat jumpa pengundi pun dia rasa kecewa yang teramat sangat sehingga dia meroyan macam orang hilang akal.

Kot kalau selama hari ini, tak tau pulak yang Si Nurul Izzah ni rajin sesangat nak turun ke padang dan jumpa dengan pengundi. Tapi, dek kerana persempadanan semula ni punya pasal, terpaksa la dia datang tunjuk muka.

Soalnya, tak salah kalau Si Nurul Izzah ni nak turun padang dan berjumpa dengan pengundi. Itu memang dah kerja dia sebagai wakil rakyat. Cuma tinggal lagi, cara dia datang tu yang tak kena pada tempat. Sebab itu orang marah.

Tambahan pulak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni dilihat seolah - olah satu bentuk provokasi terhadap pihak PDRM. Kononnya dia nak tunjuk yang PDRM ni tak nak bagi kerjasama kepada puak Pakatan Haprak tu.

Semalam Si Nurul Izzah ni pergi ke Bukit Aman dengan niat nak berjumpa dengan 6 ribu orang pengundi yang baru masuk ke kawasan dia. Tapi dia balik dengan kecewa sebab katanya dia tak dibenarkan masuk sesuka hati.
“Hari ini, apabila kita datang untuk berjumpa pengundi, tetapi mereka dikatakan bercuti dan minta datang semula pada waktu pejabat. Mereka juga meminta kita membuat permohonan rasmi kepada unit perhubungan awam bagi mendapatkan kebenaran,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Hah! Memang betul la tindakan yang dikenakan terhadap Si Nurul Izzah tu. Kot dia nak masuk ke rumah orang lain pun, sama juga prosedurnya. Bukan dia boleh nak main datang ikut suka hati dan redah masuk macam tu je.

Paling tidak, sebelum masuk ke rumah orang dia kena bagi salam dulu. Kalau tuan rumah jawab salam, belum tentu lagi dia boleh masuk sebelum tuan rumah bukak pintu. Selagi tak bukak pintu, duduk la dia kat luar menunggu.

Itu yang orang kata ADAP. Bukan la prosedur sangat pun. Rasanya, sebagai orang Melayu, benda macam tu sepatutnya dah jadi kebiasaan bagi Si Nurul Izzah ni. Tapi dek kerana Si Nurul Izzah ni takde adap, maka sebab itu dia suka main redah je nak masuk rumah orang sesuka hati macam rumah bapak dia!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tak payah susah2 nak jumpa, selama ni kau pun tak kisahkan mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping