Sekarang baru PAS tau serik berkawan dengan puak - puak Pakatan Haprak tu sedangkan sejak dari awal lagi kita dah bagitau jangan berkawan dengan mereka yang kuat menipu? Kalau nak dikata bengap kang, ada pulak yang hilang akal dibuatnya.
“Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS” Demikian tegas Murysidul Am PAS, Hashim Jasin mengenai pelawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan untuk kembali menjalinkan hubungan kerjasama politik.
Kata beliau, hubungan kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS dengan mana - mana parti Politik selepas ini mesti dibina berdasarkan Islam dan dipimpin oleh umat Islam. Bukannya dipimpin oleh mereka yang cenderung menentang Islam.
“Mereka mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan ‘hablullah’ (tali Allah) yakni Islam.
“Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini dilihat mula terhegeh - hegeh memujuk supaya PAS kembali menjalin hubungan kerjasama Politik.
PAS walau bagaimanapun tetap bertegas tidak akan bekerjasama dengan puak Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai oleh DAPigs dan Parti Amanah Negara (PAN) yang menjadikan PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka..
DAPigs dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang dengan mendakwa PAS mengkhianati konsensus Pakatan.
Kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan kedudukan PAS dan turut melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang kerap kali menjadi Pengkhianat.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan. Hashim dalam pada itu menegaskan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dengan memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Jadikan kesilapan sebagai pengajaran utk masa depan.
BalasPadam