Rabu, Oktober 12, 2016

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga ke hari ini masih percaya bahawa bekas timbalannya, Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat selepas pihak berkuasa mengemukakan bukti kepada mahkamah.
“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya dipetik wawancaranya bersama portal Malaysiakini.
Anwar pertama kali disabitkan kesalahan meliwat pada 1998. Kini bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan buat kali kedua, selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 

Si Ketua Penipu tu dan seluruh ahli keluarganya mendakwa bahawa mereka telah menjadi mangsa konspirasi politik. Malah Tun Mahathir sendiri masih dituduh dan dilabel sebagai mendalangi terhadap tuduhan liwat ke atas Si Ketua Penipu tu.

Dalam erti kata lainnya, bekas Perdana Menteri Malaysia itu masih tetap enggan mengakui dosa yang telah dilakukannya sebelum ini dan meminta maaf kepada keluarga Si Ketua Penipu tu seperti yang didesak oleh keluarganya.

Walaubagaimana pun, Bekas Presiden UMNO itu memberitahu bahawa yang dia tidak tahu menahu sama ada jika tuduhan liwat kali kedua yang dihadapi oleh Si Ketua Penipu tu adalah konspirasi pihak tertentu terhadap Anwar.  
“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri),” ujar Dr Mahathir.
Ini berbeza dengan kenyataannya ketika tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya untuk berdamai.

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir berkata: “Saya patut harap begitu”.

Dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur 'jarak kerjasama' dalam kalangan partipembangkang tetapi tetap berusaha bagi membentuk satu pakatan sebagai persediaan menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Madey tahu pasal perangai anwar tu.

    BalasPadam
  2. Dari awal perbicaraan pasukan pembelaan dpt kemukakan bukti kukuh dan mematahkan serangan pendakwaraya.Banyak kepincangan dlm perbicaraan kes ini.Itu pun Hakim tidak menyebelahi Anwar.Buat masa ini Tun M tidak boleh mengaku atas perbuatannya terhadap Anwar,kerana keadaan akan menjadi lebih buruk....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping